Pengerusi Dap Negeri Ngeh Khoo Ham
sekali lagi ditempelak Menteri Besar Perak yang meminta tokoh
pembangkang itu “cermin diri terlebih dulu”.
Komen terbaru Dato Seri
Dr.Zambry Abd Kadir sebagai mengulas kenyataan Ngeh yang juga ADUN
Sitiawan dan ahli parlimen Beruas yang berkata “MB Perak is a shameless
man.”
Ngeh juga dipetik sebagai berkata “he is only interested in protecting his own position. I’m more interested in protecting the integrity of the Malaysian judiciary”.
Semuanya bermula apabila Ngeh pada 31 Julai lalu sebagai mengulas
keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihanraya melalui twit berkata
penolakannya (keputusan mahkamah) menyebabkan rakyat memprotes dengan
melakukan demonstrasi jalanan.
Bagi mereka yang baru mengikuti
isu ini, ketika mengulas twit Ngeh, Menteri Besar selain meminta Ngeh
lebih bertanggungjawab dengan komennya itu serta menganggap komen Ngeh
“berbahaya dan menghasut.”
Dr.Zambry juga menyebut bahawa
petisyen yang dikemukakan BN juga turut ditolak oleh mahkamah. Maknanya
bukan saja petisyen yang dibuat oleh Dap ataupun Pas.
Ketika
ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung serta majlis rumah
terbuka persatuan bekas TLDM di Lumut siang tadi, beliau yang juga ADUN
Pangkor berkata:
Perkataan itu lebih sesuai untuk mengambarkan
sikap Ngeh sendiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tanpa
menggunakan akal fikiran sehingga mengundang masalah pada dirinya
seperti dikecam dan dikritik.
Beliau mencadangkan Pengerusi
Dap negeri itu berhenti membuat komen-komen yang tidak menyenangkan yang
boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara sehingga mencetuskan
kemarahan rakyat di negeri ini.
Secara sinis beliau melahirkan
rasa ‘simpati’ dengan keadaan Ngeh yang sentiasa mendapat perhatian dan
liputan meluas media tetapi bagi maksud yang salah.
“Dia kata saya ‘shameless man’…saya atau dia yang shameless man kerana tidak pernah buat komen-komen . . . .”
Katanya apa yang penting Ngeh tidak harus membuat komen yang boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara.
Kenyataan Ngeh bukan saja mendapat reaksi Menteri Besar seorang saja
tetapi di Ipoh pula, seorang pengundi di kawasan parlimen Ipoh
Barat,Ahmad Faizal Jaafar, 37 tahun bertindak membuat laporan polis.
Faizal berkata beliau membuat laporan polis terhadap Ngeh kerana
seolah-olah mempersoalkan keputusan mahkamah dalam Twitter baru-baru
ini.
Beliau mendakwa mesej dalam kenyataan tersebut adalah
bersifat menghasut selain mempunyai unsur menghina mahkamah sekaligus
dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman.
"Kenyataan
tersebut bagi pandangan saya, boleh mendatangkan kekeliruan kepada
orang ramai dan memberi persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang
menjadi antara tunjang keharmonian negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan