Semalam,
pendedahan telah dibuat oleh beberapa buah blog dan portal berhubung
perancangan selama 30 tahun salah seorang pentaksub Nik Aziz dan juga
Lim Guan Eng bernama Wan Ji yang juga seorang blogger yang dikenali
sebagai Al-Bakistani...Walaupun PAS sudah lama terutama menerusi kempen
dan ceramah, mempersalahkan sistem monarki atau
beraja dan menuntut sistem kekhalifahan yang mereka sendiri gagal
bezakan antara kedua-dua sistem tersebut, namun PAS tidak pernah
mempunyai keberanian untuk bercakap terus-terang. Setiap kali terdedah,
setiap kali itulah juga mereka akan berbelit sana sini untuk membela
diri.
Begitu jugalah halnya dengan Wan Ji.
Kalau dalam
klip video tersebut, bukan main bersemangat dan ‘pandai’ lagi dia
menunjukkan perancangan selama 30 tahun untuk menghapuskan sistem
kesultanan Melayu di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah
Republik, sesuai dengan kehendak DAP, semalam Wan Ji menafikan yang dia
merancang begitu. Sebaliknya dia memberitahu, apa yang dikatakannya di
dalam klip video tersebut hanyalah kiasan dan perancangan menerusi FIQH
TAWAQQU’.
Fiqh tawaqqu’ ini merupakan istilah moden yang
diberikan oleh para ulama dan pemikir namun intipati ilmu dan kefahaman
di dalamnya sudah diterokai dan dicerna sejak sekian lama. Fiqh tawaqqu’
merupakan suatu ilmu di dalam merancang suatu jangkaan bagi masa
hadapan, dalam meraikan penjagaan maqasid syariah atas tunjang utama
iaitu dharuriyat khamsah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Atau lebih tepat lagi, Fiqh Tawaqqu’ merupakan suatu ilmu khusus
merancang bagi para alim dan pemikir dengan beberapa kaedah tertentu.
Dr Wahbah Az-Zuhaily menyatakan, Fiqh Tawaqqu’ merupakan penelitian di
dalam mengeluarkan hukum daripada usul syariat bagi menjaga maslahat,
menolak mudharat, dan menetapkan kaedah yang tepat dan dipraktikkan bagi
kaedah sad zarai’ . Dan keistimewaan di dalam fiqh tawaqqu’ merangkumi
ilmu fiqh iftiradi .
* Fiqh iftiradi ialah meletakkan suatu
hukum bagi perancangan masa hadapan dengan jangkaan semata-mata tanpa
ada panduan ke atas hukum yang sama yang berlaku semasa. Imam Abu
Hanifah menyifatkan bahawa fiqh iftiradi sebagai persediaan awal dalam
menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.
Dr Muhamad
Kamal Imam, pengajar di Universiti Al-Azhar, Iskandariah menyifatkan
fiqh tawaqqu’ merupakan ilmu perancangan di dalam menggambarkan sesuatu
situasi yang bakal berlaku di masa hadapan, dan menggunakan kaedah feqah
bersesuaian usul dan maqasid syariah sebagai suatu persediaan
menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam klip video yang telah
tersebar itu, Wan Jin bagaimanapun tidak kelihatan seperti membincangkan
Fiqh Tawaqqu’ sepertimana yang didakwanya. Bahkan Fiqh Tawaqqu’ hanya
digunakan sebagai alasan untuk dia menutup perkara sebenar.
Sebaliknya di dalam klip-klip video tersebut, pertuturannya dalam
menyatakan Sultan-Sultan Melayu berstatus mudarat sama banyak dengan
babi. Rancangannya digelarkan sebagai INFLASI SULTAN. Bahkan dia begitu
bangga menceritakan rancangannya untuk menyelaraskan gelaran SULTAN
sebagai SETAN.
Berselindung dengan istilah-istilah agama telah
dijadikan sebagai perisai paling ampuh oleh golongan Khawarij seperti
Wan Ji. Biarpun dia kelihatan seperti seorang yang berilmu, hakikatnya
mudarat daripada ilmu yang ada padanya, jauh lebih besar berbanding
memberi manfaat.
Justeru, tindakan tegas seharusnya diambil
untuk individu yang bercakap pandai seperti Wan Ji. Setidak-tidaknya
sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia yang lain agar sentiasa
menggunakan ilmu yang ada pada mereka ke jalan kebaikan, bukannya
menghuru-harakan negara.??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan