SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 22 Ogos 2013

KETUA POLIS NEGARA PULAK BELASAH NGO DAN PARTI PEMBANGKANG DALAM KES TEMBAK LIMA PENJENAYAH GANG 04????

Sememangnya, ada wajarnya Ketua Polis Negara naik angin dengan kerenah yang ditunjukkan oleh beberapa NGO yang didalangi oleh Pakatan Rakyat serta Pakatan Rakyat sendiri, terutama sekali DAP dan PKR.
Semua yang dibuat oleh polis, dipandang salah oleh puak-puak ini. Bahkan setiap kali polis bertindak, setiap kali itulah juga, rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan pelbagai gelaran kepada pihak polis termasuklah, HAPPY TRIGGER dan PEMBUNUH BERLESEN.

Kata KPN, masa tragedi berdarah di Lahad Datu yang mengorbankan sepuluh orang PAHLAWAN NEGARA yang berjuang mempertahankan keamanan dan perbatasan negara ini, PDRM dan Kerajaan dituduh melakukan drama.

Tian Chua, Naib Presiden PKR menjadi pemimpin Pakatan Rakyat yang begitu lantang menyatakan bahawa semua yang berlaku di Sabah dari bulan Februari sehingga Mac 2013 hanyalah drama murahan kerajaan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Namun, biarpun terdapat segala macam bukti, Tian Chua akhirnya menafikan perbuatannya sendiri dan menyalahkan UMNO serta Barisan Nasional, kononnya dia telah difitnah.

Para pecacai Pakatan Rakyat menggunakan media Internet untuk memasyhurkan lagi TEORI DRAMA dan KONSPIRASI kononnya digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan kerjasama lanun-lanun Sulu dan PDRM sebagai pemain utamanya untuk memastikan PKR dan Pakatan Rakyat gagal menguasai Sabah.

Anehnya, apabila berlaku kejadian tembak-menembak dalam tragedi berkenaan, Pakatan Rakyat segera menuduh polis berdiam diri, tidak berbuat apa-apa dan takut hendak menembak balas. Apabila ada anggota polis yang terbunuh dalam serangan lanun-lanun Sulu, dikatakan pula itu hanyalah LAKONAN semata-mata.

Sekarang, apabila berita tembak-menembak dan pembunuh upahan berleluasa di Malaysia sehingga menakutkan pelabur serta pelancong, Pakatan Rakyat bahkan sebahagian daripada pemimpin dalam Barisan Nasional terutama dari MIC, menyalahkan pihak polis kerana tidak cekap, tidak tahu menjalankan tugas dan makan gaji buta.

Tetapi apabila polis menjalankan operasi berhadapan dengan penjenayah dan membalas tembakan para penjenayah berkenaan, polis tetap dipersalahkan. Kononnya polis bertindak secara melulu dan tidak mengikut S.O.P yang telah ditetapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan