Setiap kali berlaku
kematian para penjenayah di negara kita maka pakatan pembangkang akan
tampil berlagak wira yang kononnya mempertahankan keadilan para
penjenayah. Dalam pada masa yang sama, mereka jugalah yang kerap
menuntut dan menyalahkan pihak polis dalam membenteras jenayah yang kini
mula bertambah ganas dan sadis...Pakatan Pembangkang yang dianggotai
oleh DAP, PKR dan PAS dilihat sebagai sengaja mencetuskan provokasi
terhadap kerajaan dalam isu penjenayah ini. Sikap talam dua muka
mereka telah menyebabkan rakyat dan kerajaan muak dengan lakonan yang
penuh kontradik dalam membela dan menggalakkan jenayah.
Lakonan mereka yang sering menyalahkan polis dalam isu jenayah ganas
yang semakin berleluasa menunjukkan seolah-olah mereka cukup prihatin
dengan keselamatan rakyat Malaysia. Namun pembohongan ini terbongkar
dengan sendiri apabila mereka dengan cukup lantang membela kononnya
keadilan penjenayah yang telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda
dan membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa.
Fenomena mangsa
jenayah Kugan atau penipuan Teoh Beng Hock ataupun mangsa jenayah tembak
yang cukup ganas ini langsung tidak disentuh oleh pakatan pembangkang.
Mereka kelirukan rakyat dengan fakta-fakta ciptaan mereka sendiri dalam
mencetus kebencian rakyat kepada kerajaan.
Pihak polis telah
menjalankan tugas mereka dalam menangani isu beberapa tembakan yang
telah mengakibatkan kematian dan ketakutan terhadap rakyat. Sepatutnya
apabila penjenayah yang terlibat dapat dibenteras maka ianya mengundang
kelegaan terhadap rakyat. Namun keluarga kepada suspek penjenayah ini
telah melemparkan tuduhan pula terhadap pihak polis. Kita sedang
menanti adakah pihak pembangkang akan berarak dan berdemo untuk membela
kematian kelima-lima suspek penjenayah penembak upahan ini.
Sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai
anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang
menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol
bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau
Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Polis telah mengikut SOP ditetapkan
sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi membenteras
penjenayah penembak upahan. Oleh itu pihak Polis telah menafikan
dakwaan yang telah dilemparkan oleh keluarga kepada lima lelaki yang
ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong. Keluarga suspek
penjenayah menuduh anggota polis tidak mengikut prosedur operasi
standard (SOP) sepanjang operasi itu.
Dakwaan bahawa polis
melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri,
itu adalah tidak benar. Polis telah memperkenalkan diri sebelum masuk ke
rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus
melepaskan tembakan ke arah polis....Sementara itu Polis menjalankan Op
Cantas Khas untuk membendung aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan
Negara di sekitar Lembah Kelang. Ini bagi membendung kegiatan jenayah
khususnya yang berkaitan aktiviti kongsi gelap serta jenayah yang
menggunakan elemen senjata api dan senjata tajam, dipergiatkan di
sekitar Lembah Kelang oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan
kerjasama semua ibu pejabat polis daerah berkaitan.
Pihak
pembangkang cuba mengalihkan perhatian kerajaan Barisan Nasional dalam
mentadbir negara dengan baik. Segala usaha dan rancangan yang baik dan
dapat memberi manfaat yang banyak kepada rakyat akan disanggah dan di
rosakkan dengan segala alasan negatif mereka. Oleh itu kerajaan Barisan
Nasional pimpinan Datuk Seri Najib harus bijak menilai segala
bangkangan yang merosakkan dari pihak pakatan haram. Fokus terhadap
pentadbiran yang terbaik maka akan dapat menlenyapkan segala fitnah
pembangkang dan gunting dalam lipatan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan