PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan
bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam
isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.
Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong
industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang
buruk-buruk.
Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak
kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri
pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai
kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.
Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi
kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan
pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa
nombor plat Wilayah cepat bergerak).
Kenderaann yang nak
ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya
tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan
model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan
eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.
Itu belum
disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan,
terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh
dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah
kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti
dulu.
Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.
Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada
Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan
kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat
automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut
mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia...Kilang
tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat
tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan
persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan,
kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang
membuat alat ganti dan sebagainya.
Semua fakta ini secara
jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan
rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah
keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan
pemain-pemain industri automotif tempatan.
Proton pula secara
amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi
sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain.
Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan
menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.
Patutnya, balaci
tanya yang pembangkang guna Camry tu apa nasionalis sangat ke? Apa Toyota ada kilang pemasangan di Malaysia ni ke?
Justeru,
pembangkang patut diam dari bercakap isu-isu yang hanya menepekkan
semula tahi di muka mereka, buat malu dengan anak cucu zaman berzaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan