Ingatkan
selepas terdedah perangai loqlak mereka mengangkut segala makanan dalam
majlis rumah terbuka, maka perangai mereka pun berubahlah sedikit.
Rupa-rupanya tidak....Kalau dah perangai hamlau, hamlau jugalah walau ke
mana-mana pun mereka pergi!Majlis terbuka rumah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir semalam pun, hamlau-hamlau yang kebuluran dan bersifat pentingkan diri, turut menyerbu. Kali ini mereka tidak bawa mangkuk tingkat dah... mereka bawa beg plastik pulak.
Itu baru bab makanan...
Pada awal-awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu, mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali baju, seluar, topi terendak dan kasut kain buruk. Mereka berhutang dengan kongsi untuk datang ke sini semata-mata untuk bekerja sebagai pekerja ladang dan lombong. Manakala yang bernasib baik pula hasil daripada sokongan kepala-kepala gangster dan kongsi serta penjajah Inggeris, menjadi taukeh-taukeh lombong dan ladang.
Majoriti mereka menumpang atau menceroboh tanah-tanah milik orang Melayu dan Bumiputera. Beberapa puluh tahun kemudian, tanah-tanah yang mereka tumpangi itu akhirnya bertukar tangan menjadi milik mereka. Anak cucu dan keturunan mereka kemudiannya mendakwa, merekalah yang membuka dan memajukan kawasan berkenaan dan buku sejarah pun mencatatkan perkara yang serupa.
Pada zaman darurat, Inggeris telah memaksa sultan-sultan Melayu menyerahkan tanah-tanah mereka untuk dijadikan kampung-kampung baru yang digunakan untuk menempatkan para simpatisan komunis serta orang Cina yang dianiayai oleh orang sebangsa mereka yang ingin menjajah negara ini dengan menggunakan senjata api. Tanah-tanah tersebut 'dipinjamkan' sahaja dan diberi taraf pajakan.
Hari ini, keturunan mereka menyatakan, tanah-tanah yang diberikan pinjam dan pajakan berkenaan adalah hak mereka. Mereka enggan keluar dan kalau dipaksa juga keluar, perlu dibayar ganti rugi dengan jumlah yang amat besar nilainya.
Jadi, tiada apa-apa yang hendak dihairankan kalau mereka datang ke majlis-majlis rumah terbuka dan mereka bawa mangkuk tingkat atau beg plastik untuk mengisi serta mengaut segala makanan yang ada. Sebab apabila ditanya kepada mereka, mereka akan menyatakan itu semua adalah hak mereka!
Dan kenyataan mereka, pastinya akan mendapat sokongan besar daripada para pemimpin parti politik seperti DAP dan PKR!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan