Polis hari ini menembak mati lima anggota
kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis
kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya
turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di
Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya
menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa
jenayah membabitkan senjata api.
"Hasil pemeriksaan ke atas
tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya
menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri
berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau
Pinang.
"Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di
Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang
terbaru di negeri ini (Pulau Pinang)," katanya pada sidang akhbar di Ibu
Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan