In jadinya apabila politik melebihi segala-galanya hingga tiada rasa kemanusiaan, adab kesopanan dan rasa tanggungjawab.
Dalam hal ini, kita di Malaysia pun berhadapan dengan puak pembangkang PAS, PKR dan DAP yang berpoolitik tanpa peduli akan rasa kemanusiaan, adab kesopanan dan rasa tanggungjawab dalam membuat pembohongan, fitnah dan putarbelit. Nyawa dan jasad tidak terlibat tapi mangsanya sama banyak.
Morsi sudah jatuh dan kini penyokongnya sedia berjihad dengan apa cara sekali pun untuk kekalkan. Sebaik ditembak dan diperapakan, mereka menjadikannya satu tragedi kemanusiaan.
Kejadian di Mesir ini hanya orang Mesir saja yang faham. Tetapi kenapa pula ada pihak yang mahu sebarkan perkara yang melampau-lampau tokok tambah dan data yang belum tahu sahih? Berikut SMS dan mesej Whasapp yang sedang tersebar....
Terkini di Mesir jam 3pm (waktu Mesir) :
Lebih 2,500 - Mati Syahid.
Lebih 3,000 - Ditangkap.
Lebih 10,000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dan wartawan dibunuh.
Puluhan - Kanak-kanak dan bayi dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Ratusan khemah - Dirobohkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Para Doktor bertugas - Ditangkap tentera.
1. Mesir diisytihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4pm td waktu Mesir.
2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK BOM GAS BERACUN ke arah semua penyokong Dr Morsi.
3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID dan lebih 10 ribu orang yang tercedera, termasuk dari kalangan kanak-kanak, wanita, dan para ibu.
4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.
5. Ambulan dan bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan himpunan serta TIDAK DIBENARKAN memberi
bantuan kepada mangsa.
6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.
8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan dan pusat perubatan para penyokong Morsi.
9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr
Morsi.
10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah dan kampung masing menuju medan perang untuk menyokong Morsi dan mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.
Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM!
p/s : Daripada jumlah di atas, agak-agaknya berapakah jumlah peluru hidup dan gas pemedih mata digunakan tentera As-Sisi La'natullah ini ketika 'meratah' rakyat Mesir?
Allahurabbi..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan