Angin tak ada
ribut pun tidak, tiba-tiba timbul ura-ura berita panas khabarnya wakil
rakyat DAP bagi DUN Luyang, Sabah iaitu Dr Hiew King Cheu sedang
berkira-kira untuk keluar dari parti untuk menjadi ADUN Bebas.
Perkhabaran ini bukannya datang dari sumber UMNO atau pun komponen BN
yang lain yang selama ini sering dikambing hitamkan dalam drama permasalahan parti DAP dan rakan sepakatannya, tetapi datang dari mulut ADUN Layang itu sendiri.
Maka janganlah pula ada kalangan bebalan dalam DAP atau PR yang
terloncat sakan macam beruk kena belacan atau baring di tengah jalan
untuk mempersoalkan kesahihan berita ini.
Antara faktor utama
yang dikatakan menjadi punca timbulnya ura-ura ini khabarnya kerana
tidak mahu kawasan yang dimenanginya tertinggal arus pembangunan dalam
tempoh lima tahun mendatang dan kini beliau sedang mengambil kira
pandangan penyokongnya samada untuk merealisasikan hasratnya itu atau
sebaliknya.
“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para
penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti)
dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk
rakyat,” itu penjelasannya seperti mana dilaporkan oleh Mstar Online
beberapa hari lepas.
Pada 12 Ogos yang lepas Dr Hiew telah
melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP Sabah sehingga menimbulkan
kegemparan dalam parti yang mana ia dikaitkan dengan perasaan tidak puas
hatinya dengan pucuk pimpinan DAP di peringkat Pusat serta beberapa
orang pemimpin DAP Sabah.
Sebelumnya beliau dilaporkan menerima
surat tunjuk sebab dari DAP berikutan isu perlantikan Ketua Pembangkang
di DUN Sabah dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini pula dianggap
sebagai pengkhianat yang cuba mensabotaj DAP dari dalam.
Terbaru The Star melaporkan pemimpin DAP Sabah yang dihubungi
mengesahkan Dr Hiew yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu
hampir pasti melompat keluar dari DAP. Ke mana arah haluannya samada
Bebas atau parti lain tidak diketahui.
Yang pastinya jika ia
menjadi kenyataan maka bergolak sakanlah DAP lebih-lebih lagi ketika
parti anak beranak dinasti Lim itu sedang bergolak sakan gara-gara
pemilihan CEC DAP terpaksa diadakan semula.
Pun begitu
hakikatnya jadi atau tidak ADUN DAP itu keluar parti bukanlah persoalan
utama yang penulis nak utamakan. Sebaliknya, teringin benar penulis nak
baca komen oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang entah apa
agaknya drama atau alasan tunggang terbalik yang akan di imaginasikannya
kelak.
Adakah akan terpancul pula alasannya menyalahkan UMNO
dan BN? Diikutkan tabie semulajadinya yang suka menyalahkan pihak lain,
rasanya itulah alasan kelak, tak gitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan