SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Selangor tak gentar hadapi El Nino...Angkuh dan Riaknya???

Photo: Selangor tak gentar hadapi El Nino...Angkuh dan Riaknya??? Kerajaan negeri sudah bersedia dengan kolam takungan yang mencukupi bagi tempoh enam bulan sebagai persediaan menghadapi musim El Nino.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika El Nino dijangka berlaku pada Jun, Julai dan Ogos, mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan air yang cukup untuk tiga bulan tersebut.“Selepas itu pula, kesan monsun juga berlaku, kalau itu terjadi bermakna air akan cukup pada masa-masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu ada program menakung air dalam usaha menyimpan bekalan memandangkan negara umumnya, negeri khasnya menerima hujan dalam tempoh lebih 200 hari dalam setahun.“Jika kita tidak mempunyai program menakung air hujan tersebut sebab bila air tersebut di panggil surface water dan mengalir ke sungai seterusnya ke laut maknanya air itu tidak dapat kita gunakan.

“Sebab itulah Selangor adakan program tertentu, kalau kita ada air berlebihan, kita mesti simpan dalam takungan. Sebab itulah kita percaya kita dapat atasi musim
kemarau bagi memastikan air mencukupi bagi rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Kayuhan Shah Alam Endure Ride 2014 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ketika ditanya mengenai insiden seorang ahli PKR yang ‘menyerang’ dengan mendakwa Abdul Khalid penipu dan rasuah di pekarangan ibu pejabat PKR Jumaat lalu, Abdul Khalid menyifatkan politik bukan medan membenarkan sesiapa membuat kenyataan yang tidak betul ke atas orang lain.

Katanya, meskipun kita dalam arena demokrasi moden, bagaimanapun kita perlu menghormati adab dan adat.Sehubungan itu katanya, PKR akan mengadakan tatacara dalam politik yang perlu menghormati antara satu sama lain.

“Politik bukan tujuan memburukkan orang lain tetapi tujuan murni ialah mereka yang ingin berbakti untuk kepentingan parti dan rakyat.“Dalam politik demokrasi itu penting, jika tidak negara kita tidak akan menjadi negara yang dipercayai negara lain dari segi kesahihan demokrasi yang kita ada,”
 
Kerajaan negeri sudah bersedia dengan kolam takungan yang mencukupi bagi tempoh enam bulan sebagai persediaan menghadapi musim El Nino.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika El Nino dijangka berlaku pada Jun, Julai dan Ogos, mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan air yang cukup untuk tiga bulan tersebut.“Selepas itu pula, kesan monsun juga berlaku, kalau itu terjadi bermakna air akan cukup pada masa-masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu ada program menakung air dalam usaha menyimpan bekalan memandangkan negara umumnya, negeri khasnya menerima hujan dalam tempoh lebih 200 hari dalam setahun.“Jika kita tidak mempunyai program menakung air hujan tersebut sebab bila air tersebut di panggil surface water dan mengalir ke sungai seterusnya ke laut maknanya air itu tidak dapat kita gunakan.

“Sebab itulah Selangor adakan program tertentu, kalau kita ada air berlebihan, kita mesti simpan dalam takungan. Sebab itulah kita percaya kita dapat atasi musim
kemarau bagi memastikan air mencukupi bagi rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Kayuhan Shah Alam Endure Ride 2014 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ketika ditanya mengenai insiden seorang ahli PKR yang ‘menyerang’ dengan mendakwa Abdul Khalid penipu dan rasuah di pekarangan ibu pejabat PKR Jumaat lalu, Abdul Khalid menyifatkan politik bukan medan membenarkan sesiapa membuat kenyataan yang tidak betul ke atas orang lain.

Katanya, meskipun kita dalam arena demokrasi moden, bagaimanapun kita perlu menghormati adab dan adat.Sehubungan itu katanya, PKR akan mengadakan tatacara dalam politik yang perlu menghormati antara satu sama lain.

“Politik bukan tujuan memburukkan orang lain tetapi tujuan murni ialah mereka yang ingin berbakti untuk kepentingan parti dan rakyat.“Dalam politik demokrasi itu penting, jika tidak negara kita tidak akan menjadi negara yang dipercayai negara lain dari segi kesahihan demokrasi yang kita ada.”
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan