SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Bangangnya!!!!! UiTM bukan milik UMNO, ia milik rakyat ~ Dyana Sofya???

Bangangnya!!!!! UiTM bukan milik UMNO, ia milik rakyat ~ Dyana Sofya???Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

"Sejak bila memasuki UiTM membuatkan kita ahli UMNO? Sangat ironik apabila UMNO mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong UMNO, tetapi mereka sendiri yang tidak menggalakkan pelajar aktif dalam politik.

"Para pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Dyana, tidak ada parti politik yang berhak untuk menghalang impian dan aspirasi anak-anak muda Malaysia.

Katanya lagi, hak yang sama rata tidak bermakna orang-orang Melayu akan 'dirompak' hak mereka, sebaliknya ia memberi peluang pendidikan tinggi kepada mereka yang tidak mendapat peluang terutamanya yang tidak menyokong UMNO.

Ujar beliau, UiTM sebagai sebuah institusi awam tidah harus diletakkan di bawah ehsan sebuah parti politik kerana ianya milik rakyat dan bukannya milik UMNO.

Selain itu, Dyana turut menyatakan kekesalan kerana terdapat pelajar yang datang dari keluarga pemimpin UMNO yang kaya diberi tempat di UiTM, sedangkan ada pelajar yang miskin yang tiada kaitan dengan UMNO, dinafikan tempat di institusi tersebut.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan jujur akan memperbetulkan 'ketidakadilan' ini... namun daripada menjadi terbuka kepada cadangan-cadangan yang membina, UMNO telah menuduh saya mahu memansuhkan UiTM," katanya.

Beliau juga kesal kerana UMNO telah bertindak menggunakan UiTM sebagai bahan untuk menyerang dirinya apabila serangan terhadap jantinanya telah gagal.

Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim telah mencabar Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu, ditutup.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud."Sejak bila memasuki UiTM membuatkan kita ahli UMNO? Sangat ironik apabila UMNO mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong UMNO, tetapi mereka sendiri yang tidak menggalakkan pelajar aktif dalam politik.

"Para pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas Dyana, tidak ada parti politik yang berhak untuk menghalang impian dan aspirasi anak-anak muda Malaysia.Katanya lagi, hak yang sama rata tidak bermakna orang-orang Melayu akan 'dirompak' hak mereka, sebaliknya ia memberi peluang pendidikan tinggi kepada mereka yang tidak mendapat peluang terutamanya yang tidak menyokong UMNO.

Ujar beliau, UiTM sebagai sebuah institusi awam tidah harus diletakkan di bawah ehsan sebuah parti politik kerana ianya milik rakyat dan bukannya milik UMNO.Selain itu, Dyana turut menyatakan kekesalan kerana terdapat pelajar yang datang dari keluarga pemimpin UMNO yang kaya diberi tempat di UiTM, sedangkan ada pelajar yang miskin yang tiada kaitan dengan UMNO, dinafikan tempat di institusi tersebut.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan jujur akan memperbetulkan 'ketidakadilan' ini... namun daripada menjadi terbuka kepada cadangan-cadangan yang membina, UMNO telah menuduh saya mahu memansuhkan UiTM," katanya.Beliau juga kesal kerana UMNO telah bertindak menggunakan UiTM sebagai bahan untuk menyerang dirinya apabila serangan terhadap jantinanya telah gagal.
Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim telah mencabar Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu, ditutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan