SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Mac 2014

ANWAR TANYA, SIAPA BAYAR KHIDMAT RAJA BOMOH 1MALAYSIA... AISEY, BUAT-BUAT TAK TAHU, NAMPAK????

Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.Anwar Ibrahim barangkali tahu, apabila sebut bomoh saja, semua pandangan akan terarah kepadanya. Di negara ini, siapa yang paling kuat main bomoh selain daripada Anwar Ibrahim sehinggakan dalam perbicaraan liwatnya, tak pernah berselang hari tok bomoh berbangsa Punjabi tak datang dan berada di barisan paling hadapan di galeri perbicaraan.

Tu baru bomoh punjabi... belum lagi bomoh Indianya. Belum lagi bomoh Kristiannya dan belum lagi bomoh Thailandnya.

Anwar nak temberang apa tentang bomoh? Nak tuding jari pada siapa kalau dalam perbicaraannya, para bomoh saling berselisih dan kemudiannya tak henti-henti mengumat-ngamit sambil menghembus-ngembus menipu tok hakim?

Para pecacainya sahaja yang percaya Anwar Ibrahim bersih dan suci daripada perbuatan khurafat dan syirik. Anwar patut juga beritahu, siapa yang ajar dia berendam dalam sungai sampai sejuk gedi untuk menajamkan senjata? Dan patut juga Anwar Ibrahim bertanya mengapa agaknya Ibrahim Mat Zain, bomoh yang mengaku dialah Raja Bomoh itu, mempunyai gambar intim dengan Anwar Ibrahim di bilik rawatannya di Hotel Kowloon, Jalan Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu ketika Anwar masih lagi seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

Hek eleh, nak kona ke orang lain pulak!

Pernah dengar Anwar Ibrahim mengaku sebarang perbuatan jahatnya?

Yang selalu dengar, Anwar Ibrahim selalu mengaku kerja orang lain sebagai kerjanya. Contohnya dalam Krisis Kewangan dan Ekonomi 1997. Anwar yang dah duduk dalam peti sejuk, tiba-tiba mengaku, dialah yang bagi idea tambat matawang Malaysia dengan Amerika. Konon-kononnya dialah yang mengeluarkan pelbagai cadangan untuk membebaskan ekonomi Malaysia daripada kongkongan IMF. Malah dia juga mengaku, konon-kononnya dialah yang memperjuangkan perjuangan Islam PAS masa dalam UMNO walaupun dialah orang yang menggelarkan Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ULAMA TEROMPAH yang sekarang, dibalikkan kononnya, Tun Dr. Mahathir yang buat gelaran itu, bukan dia.

Bongoknya Anwar, dia tak sedar langsung yang dia dah membuat pengakuan yang bomoh itu dia yang upah.

Ibrahim Mat Zain cukup terkenal sebagai bomoh TEMBERANG yang berharga mahal. Temberang Ibrahim Mat Zain ialah dia perlu membayar dan mengupah budak-budak tahfiz buat solat hajat beramai-ramai selama beberapa malam, dan kadang-kadang sampai 40 hari tanpa henti.

Kenyataan terbaru Anwar Ibrahim, memang mengesahkan dia yang mengupah Ibrahim Mat Zain. Dia cuba menimbulkan persoalan, SIAPA YANG MEMBERIKAN IZIN KEPADA IBRAHIM MAT ZAIN buat pertunjukan bodoh di KLIA. Kalau beberapa orang bomoh termasuklah bomoh berbangsa Punjab bernama PAJAM SINGH itu boleh berhari-hari dari tahun 2008-2012 yang melalui proses penangguhan selama 65 kali dibayar upah, apa sangatlah dengan lakonan gred C Ibrahim Mat Zain yang meniru gaya P.Ramlee dengan ritual bangangnya di KLIA? Jauh lebih murah kos untuk memalukan Malaysia itu berbanding menggunakan bomoh Punjabi yang diketahui merupakan bomoh peribadinya.

KLIA sama seperti lapangan terbang yang lain, boleh didatangi oleh sesiapa sahaja. Dengan bantuan kakitangan daripada pelbagai sektor untuk Anwar Ibrahim, sebagaimana penyokong tegarnya yang menjadi juruterbang MH370 yang hilang itu, apa mustahilnya kalau dua hari berturut-turut Ibrahim Mat Zain bebas buat apa-apa sahaja di KLIA!

Tak payah bertanya, siapa yang bayar tapi tanyalah, MENGAPA ANWAR BAYAR IBRAHIM MAT ZAIN buat pertunjukan bodoh di KLIA? Apakah ianya merupakan salah satu daripada usaha Anwar Ibrahim untuk menambahkan lagi imej buruk Malaysia di mata dunia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan