Ramai di kalangan penyokong dan
pemimpin UMNO yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh
pimpinan PAS yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.
Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus
yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan
Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Ada
yang mengatakan PAS sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit
menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan
dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.
Namun ada
yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk
lakonan di dalam lakonan. Ini kerana PAS sedar, sejak parti itu
memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan
terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan
masyarakat melayu dan Islam di luar bandar.
Ditambah pula
dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan melayu
terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati
pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut
dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP
dan PKR.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus
dijadikan isu untuk melemahkan PAS, mereka perlu melakukan sesuatu bagi
mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah
mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap
mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.
Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu
dapat melihat PAS bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di
dalam Pakatan Pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.
Hanya dengan cara itu sahaja, PAS dapat membuktikan dan meyakinkan
penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk
bersuara lantang dan garang.
Sedangkan pada akhirnya, PAS tetap
terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh
PKR dan DAP. Contoh paling mudah, Pemuda PAS Pusat sebelum ini begitu
hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur
politik’.
Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu
mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang
dicorakkan oleh Anwar Ibrahim....
Begitu juga Pemuda PAS
Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil
sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.
Percayalah, kini setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh
berkempen dan pembuangan undi, semua jentera parti itu akan berhempas
pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan
dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.
Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya
Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal
perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid
Ibrahim.
Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in,
akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak
serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan
lakonan dalam lakonan.
Baik PKR mahupun PAS semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan