Ingatkah lagi pada tahun 2008, kecoh
kes Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang saman akhbar Utusan Malaysia
kerana menyiarkan cerpen yang merupakan satira politik dan beliau dakwa
mempunyai kaitan dengannya.
Teresa ketika itu menyaman Utusan
dan pengarang cerpen Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen
bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.
Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan
negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang
berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk
kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan.
Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas Chamil memohon maaf.
Dan jangan lupa... sebelumnya pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan
dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel
fitnah.
Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan
'ba-alif-ba-ya' itu dikatakan bertujuan memperkecilkan dirinya secara
peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.
Ketika
perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel
tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu,
Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut
tanpa memberikan sebarang alasan.
Kini ketika beliau cuba
mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui
video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Menurutnya UMNO sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video
yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.
Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut
hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia
tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama
serta bukan bersifat hasutan.
Paling menarik dia turut
mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya
ia adalah merupakan “penindasan politik”.
Video berdurasi
hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan
barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir
beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di
Sabah.
Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang
ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan
kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to
see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire"
(anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan
pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).
Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Kesimpulannya, apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main
marah lagi, sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan
ringgit. Pada ketika itu, tidak timbul pula soal satira politik atau
hanya sekadar lawak jenaka.
Diharapkan siasatan terhadap kes
ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan
sekiranya terbukti dia bersalah.Semoga dengan tindakan itu, tidak ada
lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan
oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan