SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 2 Februari 2014

SEMAKIN SERONOK PECACAI PAKATAN MENYERANG TUN DR. MAHATHIR????


Satu-satunya cara untuk menaikkan kemarahan orang Melayu yang menyokong Anwar Ibrahim selama ini adalah TUN DR. MAHATHIR.

PKR amat sedar Melayu penyokong Anwar Ibrahim sedang berterabur dan tidak ketahuan. Melayu PKR dan PAS tidak sependapat berhubung kegilaan Anwar Ibrahim untuk melakukan desakan terhadap Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan dan memberikan laluan kepada Azmin Ali atau dirinya sendiri sebagai Menteri Besar SElangor.


Sudah banyak pihak dalam Pakatan Rakyat sendiri yang menyuarakan penentangan mereka terhadap rancangan besar dan jahat Anwar Ibrahim.

Justeru, perlu ada sesuatu yang boleh melekatkan mereka semua dan mereka bersatu untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional meskipun UMNO tidak mungkin bertanding di Kajang dan Barisan Nasional juga besar kemungkinan sekadar menaja calon-calon Bebas.

Satu-satunya orang yang boleh digunakan untuk meletakkan semua kemarahan dan tidak puas hati kemudian menyatukannya untuk kemenangan Anwar Ibrahim ialah Tun Dr. Mahathir.

Selepas Rafizi Ramli mengeluarkan teori bodoh kononnya Mahathir sedang merancang untuk menumbangkan atau menggulingkan Najib Abdul Razak, para pecacai Pakatan sudah dapat idea bagaimana hendak meneruskan kerja-kerja tersebut. Apatah lagi mereka sedang melihat PAS yang sebelum ini cukup menyampah dengan Tun Dr. Mahathir akan mengenepikan kemarahan terhadap pengkhianatan PKR sebaliknya lebih tertumpu untuk memarahi Tun Dr. Mahathir.

Tun Dr, Mahathir telah menafikan tuduhan Rafizi Ramli. Rupa-rupanya penafian itulah yang ditunggu-tunggu oleh para pecacai Pakatan Rakyat. Mereka segera menimbulkan persepsi bahawa Tun Dr. Mahathir sedang mengatur gerakan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Lawaknya, ingatkan mereka terlalu pandai, rupa-rupanya mereka terlalu bodoh. Para pecacai Pakatan rupa-rupanya termakan permainan politik golongan bawahan yang menyokong UMNO yang mahukan Najib bertindak lebih tegas, keras dan tidak berkompromi.

Kesian sungguh mereka.... mereka percaya dengan omongan para blogger pro-UMNO yang sedang mendesak Najib lebih keras dalam mengambil tindakan atau berundur kalau tidak mampu bagi memberi laluan tindakan tegas, keras dan tidak teragak-agak oleh pengganti yang sesuai.

Mereka hanya melihat saranan tersebut ialah NAJIB DIGULINGKAN... alangkah malangnya tahap pemikiran golongan pecacai Pakatan Rakyat!!!

Mereka tidak langsung terfikir tentang side-kick atau dalam bahasa lebih mudah, Najib memindahkan sebahagian daripada kuasanya kepada entiti atau individu lain yang boleh mengambil tindakan tanpa perlu mendatangkan risiko besar!!!

Cukup untuk membuatkan para pecacai Pakatan Rakyat yang terlalu tolol, mula menggerakkan sel-sel otak mereka dan kembali berfikir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan