Ahad, 2 Februari 2014
LAWAN TETAP LAWAN. UNDUR TIDAK SEKALI-KALI, KATA ZAHID ???
ITULAH semangat juang yang Barisan Nasional (BN)selalu laung-laungkan. Dulu, kini dan selama-lamanya. Berpegang pada prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh semangat. Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Beliau berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.
Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian beliau secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN, kata kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA petang tadi (Sabtu). Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno.
Seperti yang semua maklum, memang hangat bak 'goreng pisang panas' di mana-mana di perkatakan tentang kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan. Tak mengapa siapa calon mereka (pembangkang). Apa yang pasti ialah kita akan tentang mereka habis-habisan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) Amin! Wasallam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan