Apa muslihat Anwar di sebalik Pilihanraya Kecil Dun Kajang?
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon di DUN Kajang umumnya mendapat perhatian rakyat dan seperti diperkatakan, beliau
dikatakan bakal menjadi MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai ‘jalan keluar’ konflik melibatkan MB Selangor itu dengan
Azmin Ali.
Walaupun pelbagai kritikan dilempar terhadap
tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang bagi memberi
laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tindakan itu pantas
disokong beberapa pemimpin PKR termasuk Rafizi Ramli. Beliau antara lain
menyatakan pemilihan Ketua Pembangkang sebagai calon di DUN Kajang
bertujuan memberi ruang kepada PR untuk merintis jalan ke PUTRAJAYA.
Sementara Azmin Ali pula menyifatkan tindakan menamakan Datuk Seri Anwar
sebagai calon di DUN Kajang merupakan “tactical move” untuk memperkukuh
PKR di Selangor.
Alasan lebih menarik, mereka turut mengaitkan
PM dalam percaturan tersebut dengan mendakwa PM sedang berhadapan
pemberontakan dalaman parti dan jika tidak dibendung situasi tersebut
mampu menjejaskan kedudukan PKR di Selangor sekiranya PM dijatuhkan
kelak.
Jelas alasan-alasan ini lebih kepada ‘umpan’ memancing
hati ahli-ahli PKR serta penyokong mereka yang ketika ini sedang bingung
dengan keputusan diambil pucuk pimpinan parti bagi menyelesaikan
kemelut melanda Tan Sri Khalid-Azmin Ali.
Dari segi luaran,
Datuk Seri Anwar bertanding di DUN Kajang sebenarnya bertujuan untuk
“check & balance” pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang sering
berdepan kritikan ahli PKR sendiri sehingga AMK Negeri Selangor
menyerahkan memorandum bantahan bagi mendapatkan penjelasan MB berhubung
beberapa tindakan dimbil seperti isu air, isu Langat 2, kenaikan cukai
taksiran, rampasan kitab bible dan sebagainya.
Pun begitu,
ramai tidak menyedari konflik yang gagal menemui jalan keluar itu juga
berkait rapat dengan kantung perbelanjaan PKR sendiri..Keengganan Tan
Sri Khalid menggunakan dana kerajaan negeri untuk membiayai aktiviti
parti menimbulkan kemarahan Azmin selaku Pengerusi PKR Negeri sekaligus
merencatkan usaha beliau membina pengaruh politiknya..Lantas perkara ini
dipanjangkan kepada Anwar hingga pemimpin anugerah Tuhan itu terpaksa
mencatur strategi menggunakan ‘jalan belakang’ ekoran kedegilan Tan Sri
Khalid berkrompomi hatta dengan Datuk Seri Anwar sekalipun.
Manakala dari segi politik, tindakan Anwar juga dilihat platform terbaik
untuk beliau terlibat secara langsung dengan urusan kerajaan negeri
mencakupi kewangan yang menjadi punca konflik melibatkan MB Selangor
dengan Pengerusi PKR Negeri tersebut.
Beliau dijangka akan
berperanan untuk “protect” Tan Sri Khalid Ibrahim dari gangguan
pihak-pihak tertentu dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri juga untuk
menjadi pelindung kepada Azmin Ali dari tekanan penyokong Tan Sri
Khalid Ibrahim yang begitu marah kepadanya disebabkan beliau acapkali
mengganggu tugas MB Selangor itu.
Sekiranya Datuk Seri Anwar
benar-benar berhasrat menamatkan konflik Tan Sri Khalid-Azmin dengan
memilih untuk menjadi MB, maka tindakannya itu adalah “last resort” bagi
beliau kerana apa yang penting dan lebih besar impak kepada “rating”
politik beliau ketika ini adalah “Pelan Perdamaian Nasional” @
Rekonsiliasi Nasional. Pelan perdamaian ini sekiranya berhasil
membolehkan Datuk Seri Anwar meraih “political mileage” kerana akan
dianggap pemimpin berjiwa besar dan “hero” di mata rakyat.
Tawaran pelan tersebut yang dikemukakan Anwar kepada PM ketika
menyampaikan perutusan khasnya kepada rakyat pada 26 Jan lalu akhirnya
disambut baik Dato’ Seri Najib. Beliau selepas mempengerusikan mesyuarat
jemaah Kabinet pada Rabu lepas menyatakan Kabinet bersetuju dengan
tawaran berkenaan namun diiringi beberapa syarat.
Keputusan
kerajaan menerima tawaran Datuk Seri Anwar itu menyebabkannya tersenyum
lebar dan mampu menarik nafas lega kerana pelbagai isu terutama isu
Kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam dijangka reda.
Perlu diingat kerajaan P. Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng kini
diasak hebat dengan isu tersebut.
Oleh itu, sesuatu perlu
dilakukan bagi memberi Lim Guan Eng ruang bernafas. Begitu juga pihak
Gereja yang sedang berhadapan kemarahan umat Islam khususnya di P.
Pinang dan Selangor ekoran kenyataan Paderi Lawrence Andrew memutuskan
untuk tetap menggunakan kalimah Allah di gereja di Selangor.
Dalam konteks Datuk Seri Anwar bakal menjadi MB pula, beliau umumnya
sedia maklum laluannya penuh liku kerana perlu berdepan rakan PR lain
terutama PAS yang memiliki lebihan kerusi berbanding PKR. Malah PAS
Negeri berkira-kira menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Samad
untuk dilantik sebagai MB Selangor sekiranya Tan Sri Khalid meletak
jawatan.
Pengalaman krisis di Perak pada 2009 turut menghantui
Datuk Seri Anwar kerana proses memilih MB tidak begitu mudah apatah lagi
bakal melibatkan campur tangan pihak Istana. Tambahan pula Datuk Seri
Anwar sedar Tan Sri Khalid punyai hubungan baik dengan pihak Istana
malah Sultan Selangor sendiri senang dengan kepimpinan Tan Sri Khalid
termasuk dalam isu tindakan merampas Kitab Bible oleh JAIS baru-baru
ini.
Walaupun demikian, setelah pelbagai drama ditonjolkan,
akhirnya ditaksir Tan Sri Khalid akan terus kekal sebagai MB Selangor
sementara Anwar pula diberi ruang lebih luas dalam urusan pentadbiran
kerajaan negeri berbanding sebelum ini di mana peranan beliau hanya
sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri bernilai RM1 sahaja. Tindakan
Tan Sri Khalid mengumumkan nama Anwar sebagai calon PKR di DUN Kajang
adalah “hint” bahawa beliau akan kekal sebagai MB.
Sekiranya
benar Datuk Seri Anwar berhasrat menjadi MB Selangor, sebahagian besar
masanya akan lebih bertumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri dan ini
sesuatu yang asing baginya memandangkan beliau kerap terbang ke sana ke
mari khususnya ke luar negara sekaligus membataskan usaha memburukkan
kerajaan di sana dan juga mendapatkan dana untuk agenda politiknya di
sini malah aktiviti sosialnya turut terbantut.
Bagaimanapun,
tidak ramai mengetahui sebelum Anwar campur tangan untuk menyelesaikan
konflik tersebut, beliau terlebih dahulu menyemak rekod-rekod kesemua
Adun PKR dan secara kebetulan mendapati bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh
bakal berhadapan tindakan undang-undang tidak lama lagi (kesalahan di
bawah Akta Pilihanraya). Maka pada Anwar, “it’s about time!” dan
menggunakan kesempatan yang ada untuk bertindak! Justeru, Lee Chin Cheh
diminta melepaskan jawatannya sebagai Adun berkuatkuasa serta merta.
Beliau tidak mahu sekiranya Lee Chin Cheh dijatuhi hukuman, kerusi DUN
Kajang akan dieksploitasi BN sepenuhnya malah cengkaman PKR di Selangor
akan terungkai apabila rakan PR terutama PAS memberi tekanan kepada PKR
sendiri.
Sesuatu yg menarik untuk dikongsi adalah kerakusan dan
ketamakan Anwar terdedah setelah bertindak menjadi calon bertanding di
DUN Kajang..Selangor diketahui lubuk wang bagi mana-mana parti yang
memerintah…justeru Anwar perlu berada dalam kerajaan negeri untuk
memastikan dana kepada beliau dan PKR tidak putus.
Berbalik
faktor beliau ingin bertanding di DUN Kajang, antara lain ianya
disebabkan Anwar punyai maklumat tentang cadangan kerajaan untuk membeli
SYABAS dengan nilai sekitar RM6 bilion..Perkembangan ini menarik minat
Anwar untuk turut sama memperolehi hasil yang lumayan sekiranya
perjanjian itu dimuktamadkan nanti.
Oleh itu, segala sandiwara
berkaitan peletakan jawatan Lee Chin Cheh, pemilihan Anwar sebagai calon
DUN Kajang, serta tawaran “Pelan Perdamaian Nasional” @ Rekonsiliasi
Nasional kepada Dato’ Seri Najib hanyalah sekadar strategi seorang
pemimpin licik untuk melarikan dari dari pelbagai isu yang dihadapinya –
kes perbicaraan mahkamah berkaitan samannya kpd Dato Nalla, isu anaknya
Nurul Izzah dan isu berkaitan penggunaan Kalimah Allah yang semakin
membarah di kalangan umat Islam dewasa ini.
Tidak terkecuali
adalah faktor kekayaan kerajaan negeri yang membuatkan Anwar
bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik berkenaan dengan cara
bertanding sebagai ADUN Kajang. Lagipun Anwar sedar tajaan kepadanya
semakin berkurangan setelah janji beliau untuk menawan PUTRAJAYA pada
Pilihanraya Umum Ke13 lalu gagal.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan