Sahabat Anwar Ibrahim, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman
(kiri) menyatakan tindakan Anwar ini bukan berkaitan kepentingan peribadi. Beliau berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.
“Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak
fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada
rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana
beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara.”
Namun pandangan Redzuan sangat kontradik, kerana sejak kes beliau
bersama Saiful terbongkar pada Jun 2008 Anwar berusaha untuk mendapat
pelbagai jawatan bagi menjadikan kes liwat beliau sebagai satu kes
politik. Beliau mengumumkan dalam proses mengambil alih Putrajaya,
terdapat 30 orang wakil rakyat BN bersedia menyertai PKR.
Justeru apabila ditangkap pada 16 Julai 2008 atas tuduhan meliwat Saiful
Bukhari, Anwar menyatakan ini merupakan konspirasi politik menghalang
pengambil alihan Putrajaya.
Beliau dilihat mula merancang
bagaimana untuk mempolitikkan isu jenayah ini. Pada 31 Julai 2008,
isteri beliau Wan Azizah telah meletak jawatan bagi memaksa pilihan raya
kecil Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan beliau bertanding dan
menjadi wakil rakyat. Kononnya ini merupakan persediaan menjadi Perdana
Menteri Malaysia.
Apakah tujuan Anwar bertanding dalam pilihan
raya tersebut jika bukan untuk mempolitikkan kes liwat beliau? Anwar
mencanang kononnya beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun yang
sama melalui “coup de tat” aman membabitkan “pembelian” wakil rakyat BN.
Justeru jika didapati bersalah beliau akan mengatakan ini merupakan
tindakan politik jahat Barisan Nasional. Setelah gagal membentuk
kerajaan melalui “coup de tat” aman, Anwar Ibrahim sedaya upaya
melengah-lengahkan kes beliau agar menghampiri masa pilihan raya dan
akan dijadikan modal politik kononnya ada usaha menghalang Pakatan
Rakyat menang dalam pilihan raya.
Setelah gagal menang dalam
pilihan raya, Anwar terkejut dengan tindakan kerajaan melantik Tan Sri
Shafee sebagai pendakwaraya kes beliau. Beliau sedar bahaya sedang
menanti kes beliau dengan kehadiran seorang peguam yang berpengalaman
luas dalam kes-kes jenayah.
Justeru beliau memilih beberapa
minggu sebelum kes beliau di dengar di Mahakamah Rayuan untuk mengadakan
pilihan raya kecil. Apakah ini bukan tindakan politik bertujuan
mengenakan tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah membabkitkan kes beliau?
Persengketaan Khalid-Azmin sudah diketahui lama sebelum pilihan raya
Umum lagi. Namun ia bukan keutamaan kepada Anwar. Mempunyai dua jeneral
“berebut kasih sayangnya” lebih baik daripada mempunyai seorang jeneral
yang terlalu berkuasa.
Namun kemunculan Tan Sri Shafee menjadi
pendakwaraya kes beliau menimbulkan suasana kurang senang. Kes Anwar
akan dibicarakan pada 12 dan 13 Februari 2014 ini. Justeru, persepsinya
Anwar Ibrahim merancang pilihan raya kecil ini untuk menyelamatkan
dirinya.
Jika perbicaraan beliau diteruskan, beliau akan
mendapat simpati kononnya ini cubaan BN memusnahkan beliau. Jika
perbicaraan ditangguhkan beliau akan dapat lebih masa lagi. Melihat
sejarah Anwar Ibrahim, sebaik memegang jawatan Menteri Besar, risiko
kekacauan dan ketidakstabilan boleh berlaku jika beliau terus
dibicarakan.
Inilah mungkin strategi Anwar Ibrahim pada masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan