SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 22 Februari 2014

PKR dan Malaysiakini Mulakan Serangan Terhadap Khalid Ibrahim????

Photo: PKR dan Malaysiakini Mulakan Serangan Terhadap Khalid Ibrahim????Dalam usaha menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Malaysiakini dan PKR mula mengadakan serangan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai mempunyai hubungan dengan Tun Daim Zainuddin dan cuba mensabotaj parti.

Malaysiakini melaporkan, Ahli Parlimen Kapar YB Tuan Manivanan Gowin , dalam satu kenyataan hari ini, mendesak Khalid menjelaskan mengenai individu yang dikatakan terlibat dalam rundingan penyelesaian luar mahkamah hutang dengan Bank Islam.

Manivanan meminta Khalid menjelaskan sama ada individu berkenaan seorang individu yang rapat dengan Daim.

Khalid dilaporkan menanggung hutang semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20 peratus saham syarikat itu.

Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.

Bank Islam Malaysia dimiliki 100 peratus oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji yang menguasai 54 peratus. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 bahawa Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.

Pada 21 Ogos 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap beliau dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau masih tidak boleh mendedahkan cara penyelesaian itu kerana ia masih dalam rundingan bersama peguam beliau.

“Saya ada hubungan dengan bank dan kita guna khidmat peguam, jadi perkara ini masih dalam perundingan dan saya tak boleh dedahkan,” katanya.

Dipercayai serangan terhadap Khalid akan kian hebat sehari dua lagi bagi membentuk persepsi di kalangan parti Pakatan Rakyat bahawa Khalid perlu diganti segera.Dalam usaha menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Malaysiakini dan PKR mula mengadakan serangan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai mempunyai hubungan dengan Tun Daim Zainuddin dan cuba mensabotaj parti.

Malaysiakini melaporkan, Ahli Parlimen Kapar YB Tuan Manivanan Gowin , dalam satu kenyataan hari ini, mendesak Khalid menjelaskan mengenai individu yang dikatakan terlibat dalam rundingan penyelesaian luar mahkamah hutang dengan Bank Islam.

Manivanan meminta Khalid menjelaskan sama ada individu berkenaan seorang individu yang rapat dengan Daim.

Khalid dilaporkan menanggung hutang semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20 peratus saham syarikat itu.

Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.

Bank Islam Malaysia dimiliki 100 peratus oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji yang menguasai 54 peratus. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 bahawa Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.

Pada 21 Ogos 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap beliau dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau masih tidak boleh mendedahkan cara penyelesaian itu kerana ia masih dalam rundingan bersama peguam beliau.

“Saya ada hubungan dengan bank dan kita guna khidmat peguam, jadi perkara ini masih dalam perundingan dan saya tak boleh dedahkan,” katanya.

Dipercayai serangan terhadap Khalid akan kian hebat sehari dua lagi bagi membentuk persepsi di kalangan parti Pakatan Rakyat bahawa Khalid perlu diganti segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan