ISU ANTIHADIS KASSIM AHMAD: ‘Dr Mahathir tiada kaitan’
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan seminar anti-hadis Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan.
Pihak berkuasa agama itu menjelaskan, tidak ada keperluan untuk memanggil Dr Mahathir dalam isu berkenaan, sebaliknya JAWI sedang berusaha untuk mengenal pasti penganjur seminar kontroversi itu.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya, berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti berhubung seminar berkenaan dan akan memanggil Kassim secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan.
“Dr Mahathir tidak terbabit dalam isu ini, Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya kami sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu.
“Oleh itu kita minta sesiapa yang ada bukti maklumat mengenai seminar berkenaan menyalurkannya kepada JAWI bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Semalam akhbar melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan JAWI mengambil tindakan terhadap Kassim kerana mempertikai hadis yang boleh membawa kekeliruan umat Islam di negara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan