Abdul Aziz Kadir...Adaperkembangan terbaru senario politik di antara
Pas dengan PKR Kelantan hari ini. Petang tadi katanya telah berlangsung
pertemuan pimpinan tertinggi kedua-dua parti di Kota Bharu. Pertemuan
itu katanya atas pemintaan PKR diketuai sendiri oleh Perusuhjaya Pas,
Ahmad Yaakub dan Pengerusi PKR Abdul Aziz Kadir di pihak PKR.
Lain-lain pemimpin hadir dalam pertemuan itu ialah Setiauasaha Badan
Perhubungan Pas, Zulkefli Mamat, Hassan Mahmod dan Bendahari Pas, Hanifa
Ahmad. Manakala dipihak PKR turut hadir Timbalan Pengerusi PKR
Kelantan, Amran Abdul Ghani, Adun Guchil Roslan Putih dan Prof Shahrum
Ibrahim.
Pertemuan itu diperecayai adalah ekoran pertelingkahan
mengenai beberapa isu termasuk kouta perlantikan PBT, Penghulu dan
Penyelia Dun.
PKR kurang setuju dan kesal dengan tindakan
menarik balik perlantikan Ramlan Mat sebagai Penyelia Dun Kuala Balah
yang berkhidmat belum pun sampai setahun. Penarikan itu dibuat minggu
lalu menyebabkan PKR Jeli telah berarak ke rumah Ahmad Yaakub untuk
meminta penjelasan.
Penarikan balik itu dikira melampau kerana
ia tidak menjaga maruah Ramlan. Katanya cadangan menarik balik
perlantikan itu adalah atas usaha ketua Pas Jeli yang mengidam untuk
bertanding di Dun Kuala Balah dalam pilihan raya akan datang. Ketua Pas
Jelilah dikatakan menjadi master mind.
Pertemuan hari ini
katanya tidak membincang banyak isu tetapi tertumpu kepada isu penyelia
Dun Kuala Balah saja. Ahmad dikatakan menerima pandangan dan
menangguhkan penarikan balik itu. Bagaimana pun keputusan sama ia akan
diserahkan semula kepada PKR, bergantung sejauh mana ia telah
dilaksanakan.
Sekiranya surat perlantikan penyelia baru telah
disrahkan kepada pihak Pas, mungkin penarikan balik itu kekal dan ada
mekanisme untuk dipertimbangkan.
Kesediaan Ahmad untuk
menangguhkan perkara itu menunjukkan MB itu sedia berbincang dan
menerima pandangan umum agar pendekatan lunak diambil oleh Pas terhadap
PKR. Terdapat sesetengah pemimpin Pas yang merendah-rendahkan kehadiran
PKR di Kelantan menyebabkan ia menyinggung hati ahli PKR. Tindakan itu
juga dianggap sebagai tindakan 'buta kayu' dalam politik.
Misalnya seorang pemimpin Pas berdolak dalih untuk tidak memberi jawatan
penyelia kepada PKR kerana kalau bertanding pun akan kalah juga. Sikap
begini menunjukkan sikap egois pemimpin berkenaan dan jelas ianya tohor
ilmu politik dan buta sifir politik.
Perbincangan hari ini juga dikatakan sedikit tegang namun masih dikira ok, dan ia akan disambung minggu depan?
Semoga amalan pertemuan dan berbincang seperti ini akan diteruskan dari
masa ke semasa bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Dan pimpinan
tertentu PKR juga jangan mudah melemparkan masalah dalam media baru
khasnya Fb kerana tindakan itu merumitkan keadaan dan boleh membekahkan
pergaduhan sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan