SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 14 Februari 2014

Anwar Sahajalah Tumpuan Dunia… Semua Orang Nak Aniaya Dia???

Photo: Anwar Sahajalah Tumpuan Dunia… Semua Orang Nak Aniaya Dia???Dalam ceramahnya di Taman Cuepacs malam tadi, Anwar Ibrahim mendakwa, SPR sengaja memilih 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi menghalang dia berhujah di Dewan Rakyat ekoran Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 10 Mac 2014. Manakala dalam ceramah-ceramahnya yang lain, Anwar Ibrahim terus menekankan tentang betapa takutnya UMNO dan Kerajaan Malaysia terhadapnya sehingga segala usaha dibuat untuk menganiayainya.

Dalam apa juga keadaan pun, Anwar terus mendakwa, dia dianiayai, dizalimi dan ditindas oleh undang-undang, agensi kerajaan dan Kerajaan Malaysia kerana terlalu takut kepadanya.

Menariknya, para penyokong Anwar Ibrahim langsung tidak dapat berfikir secara waras dan secara membuta tuli menuduh pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia menganiayai Anwar. Sehinggakan Anwar Ibrahim tidak dapat masuk ke Jepun pun, disalahkan UMNO dan Najib Abdul Razak. Malah sehinggakan Sasakawa datang ke Malaysia pun, Anwar Ibrahim dan para penyokongnya cuba menimbulkan persepsi bahawa kedatangan tersebut adalah untuk membuktikan, Anwar Ibrahim telah dianiayai oleh Najib Abdul Razak dan Wisma Putra.

Ironinya, Anwar Ibrahim dengan bangganya menyatakan bahawa Sasakawa datang ke Malaysia untuk meminta maaf kepadanya dan berjanji akan membenarkan Anwar masuk ke negara tersebut. Sekaligus memberikan bayangan kononnya Sasakawa akan mengatasi kuasa Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar.

Yang tidak ada otak, terus akan menerima kenyataan Anwar Ibrahim dengan kembang punggung dan lubang hidung. Yang ada otak pula, akan mula berfikir, Sasakawa bukannya pihak berkuasa Imigresen Jepun. Justeru, dia hanya mungkin boleh memohon maaf apatah lagi memohon maaf adalah budaya Jepun sebagaimana yang ditunjukkan dalam hal yang membabitkan Perang Dunia Kedua.

Malangnya, budaya itu kemudiannya digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk cuba membersihkan namanya dan kemudian mengenakan tuduhan kepada Kerajaan Malaysia, Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar. Hakikat sebenar bahawa Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun adalah kerana statusnya selaku bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara lebih dari setahun, dan halangan tersebut tidak sahaja jatuh kepada Anwar Ibrahim tetapi juga beberapa nama besar lain.

Sebenarnya kalau hendak disenaraikan, terlalu banyak kisah Anwar Ibrahim cuba menempatkan dirinya sebagai puncak dunia. Semuanya akan menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim dianiayai, didengki, dicemburui, dizalimi, ditindas malah dihalang daripada memperjuangkan nasib rakyat.

Namun semua itu hanyalah kata-kata Anwar Ibrahim semata-mata. Atau sekurang-kurangnya itulah yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan persepsi kepada dirinya. Cerita bagaimana Anwar Ibrahim tersorong-sorong pipi mendapatkan bantuan media asing, khususnya Barat untuk menunjukkan kononnya dia sangat terkenal di seluruh dunia, terutama sekali pada tahun 1998, tentu masih diingati, khususnya oleh mereka yang terlibat dengan media cetak dan elektronik pada tahun berkenaan.

Kebanggaan utama Anwar Ibrahim adalah kamera, wartawan dan perakam suara. Lebih mengembangkan hidung dan punggungnya ialah jikalau wartawan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri orang Malaysia. Dia akan bercakap apa-apa sahaja, termasuklah perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia diketahui bodoh dan bangang, khususnya apabila dia bercakap tentang ekonomi dan kewangan.

Namun Anwar Ibrahim melakukannya segala kebodohan tersebut, bukanlah untuk dunia. Dia melakukannya untuk para penyokongnya di Malaysia memandangkan dia sangat tahu, para penyokongnya terdiri daripada golongan bodoh yang akan menyumbat apa-apa sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya tanpa mahu berfikir.

Dan kerana itulah, Anwar Ibrahim sentiasa menunjukkan kononnya semua orang mahu menganiayainya. Semua orang mahu menghalangnya dan semua orang takutkannya. Anwar mahu membuktikan bahawa dialah tokoh dunia, dialah tokoh antarabangsa dan dialah Imam Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Itulah pun modal yang digunakan dalam kempen-kempen dan ceramah-ceramahnya… dari dulu sampailah ke Kajang!

Menariknya, para penyokongnya yang bodoh tolol KESEMUANYA, terlalu percaya dengan mitos yang Anwar Ibrahim ciptakan untuk dirinya!Dalam ceramahnya di Taman Cuepacs malam tadi, Anwar Ibrahim mendakwa, SPR sengaja memilih 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi menghalang dia berhujah di Dewan Rakyat ekoran Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 10 Mac 2014. Manakala dalam ceramah-ceramahnya yang lain, Anwar Ibrahim terus menekankan tentang betapa takutnya UMNO dan Kerajaan Malaysia terhadapnya sehingga segala usaha dibuat untuk menganiayainya.

Dalam apa juga keadaan pun, Anwar terus mendakwa, dia dianiayai, dizalimi dan ditindas oleh undang-undang, agensi kerajaan dan Kerajaan Malaysia kerana terlalu takut kepadanya.

Menariknya, para penyokong Anwar Ibrahim langsung tidak dapat berfikir secara waras dan secara membuta tuli menuduh pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia menganiayai Anwar. Sehinggakan Anwar Ibrahim tidak dapat masuk ke Jepun pun, disalahkan UMNO dan Najib Abdul Razak. Malah sehinggakan Sasakawa datang ke Malaysia pun, Anwar Ibrahim dan para penyokongnya cuba menimbulkan persepsi bahawa kedatangan tersebut adalah untuk membuktikan, Anwar Ibrahim telah dianiayai oleh Najib Abdul Razak dan Wisma Putra.

Ironinya, Anwar Ibrahim dengan bangganya menyatakan bahawa Sasakawa datang ke Malaysia untuk meminta maaf kepadanya dan berjanji akan membenarkan Anwar masuk ke negara tersebut. Sekaligus memberikan bayangan kononnya Sasakawa akan mengatasi kuasa Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar.

Yang tidak ada otak, terus akan menerima kenyataan Anwar Ibrahim dengan kembang punggung dan lubang hidung. Yang ada otak pula, akan mula berfikir, Sasakawa bukannya pihak berkuasa Imigresen Jepun. Justeru, dia hanya mungkin boleh memohon maaf apatah lagi memohon maaf adalah budaya Jepun sebagaimana yang ditunjukkan dalam hal yang membabitkan Perang Dunia Kedua.

Malangnya, budaya itu kemudiannya digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk cuba membersihkan namanya dan kemudian mengenakan tuduhan kepada Kerajaan Malaysia, Najib Abdul Razak dan Kementerian Luar. Hakikat sebenar bahawa Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun adalah kerana statusnya selaku bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara lebih dari setahun, dan halangan tersebut tidak sahaja jatuh kepada Anwar Ibrahim tetapi juga beberapa nama besar lain.

Sebenarnya kalau hendak disenaraikan, terlalu banyak kisah Anwar Ibrahim cuba menempatkan dirinya sebagai puncak dunia. Semuanya akan menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim dianiayai, didengki, dicemburui, dizalimi, ditindas malah dihalang daripada memperjuangkan nasib rakyat.

Namun semua itu hanyalah kata-kata Anwar Ibrahim semata-mata. Atau sekurang-kurangnya itulah yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan persepsi kepada dirinya. Cerita bagaimana Anwar Ibrahim tersorong-sorong pipi mendapatkan bantuan media asing, khususnya Barat untuk menunjukkan kononnya dia sangat terkenal di seluruh dunia, terutama sekali pada tahun 1998, tentu masih diingati, khususnya oleh mereka yang terlibat dengan media cetak dan elektronik pada tahun berkenaan.

Kebanggaan utama Anwar Ibrahim adalah kamera, wartawan dan perakam suara. Lebih mengembangkan hidung dan punggungnya ialah jikalau wartawan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri orang Malaysia. Dia akan bercakap apa-apa sahaja, termasuklah perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia diketahui bodoh dan bangang, khususnya apabila dia bercakap tentang ekonomi dan kewangan.

Namun Anwar Ibrahim melakukannya segala kebodohan tersebut, bukanlah untuk dunia. Dia melakukannya untuk para penyokongnya di Malaysia memandangkan dia sangat tahu, para penyokongnya terdiri daripada golongan bodoh yang akan menyumbat apa-apa sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya tanpa mahu berfikir.

Dan kerana itulah, Anwar Ibrahim sentiasa menunjukkan kononnya semua orang mahu menganiayainya. Semua orang mahu menghalangnya dan semua orang takutkannya. Anwar mahu membuktikan bahawa dialah tokoh dunia, dialah tokoh antarabangsa dan dialah Imam Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Itulah pun modal yang digunakan dalam kempen-kempen dan ceramah-ceramahnya… dari dulu sampailah ke Kajang!

Menariknya, para penyokongnya yang bodoh tolol KESEMUANYA, terlalu percaya dengan mitos yang Anwar Ibrahim ciptakan untuk dirinya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan