SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 15 Februari 2014

PAS Tak Terima Mat Taib Walaupun Duitnya Dah Disapu????

Bila Mat Taib umum masuk PAS, orang-orang PAS kelihatan gembira. Bukannya sebab pengaruh besar Mat Taib akan memenangkan PAS pun tetapi kerana mereka beranggapan, Mat Taib akan menjadi tabung yang baru buat mereka. Mereka berharap, Mat Taib akan mengeluarkan wang dari koceknya sendiri untuk membiayai aktiviti-aktiviti parti di Selangor dan kalau boleh di seluruh Malaysia.

Kebencian PAS kepada Mat Taib masih belum bersisa sehingga kini. Ramai yang masih melihat Mat Taib sebagai orang politik yang sudah kalah, kecewa dan kecundang tetapi masih bernafsu untuk meneruskan kerjaya politik dengan mengendarai PAS yang dilihat sedang bertapak kukuh di Selangor, terutama menerusi penguasaan kerusi DUN terbanyak dalam sejarah parti itu di Selangor pada PRU13 lalu iaitu 15 buah.

Sebaik-baik sahaja nama Mat Taib diheret sama oleh Anwar Ibrahim dalam kempennya untuk PRK DUN Kajang, suara–suara sumbang tentang Mat Taib sudah mulai kedengaran.

Bagi akar umbi PAS, Mat Taib hanya perlu menjadi ahli biasa PAS sahaja. Mat Taib belum boleh lagi mencapai hierarki tertinggi dalam PAS Selangor, termasuklah sebagai Exco biarpun dia berpengalaman sebagai Menteri Besar sebelum ini. Kata mereka lagi, dengan hanya derma kepada PAS hanya RM300,000, Mat Taib belum layak menempati kedudukan istimewa. Lebih ramai penderma yang bukan bernama Muhammad Haji Mohd Taib memberikan derma yang lebih besar jumlahnya tetapi mereka tidak pun menjadi calon atau pun nama disebut-sebut untuk diletakkan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.

Dalam kempennya, Anwar Ibrahim berjanji akan membawa Mat Taib menyertai pentadbiran negeri Selangor sekiranya dia menang dan sekiranya dia dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Biarpun janji-janji Anwar Ibrahim semuanya bersifat munafik dan tidak layak dipercayai, namun janji tentang Mat Taib pastinya yang paling mengguris hati para pemimpin PAS yang sudah lama bertungkus lumus, bekerja keras dan berkorban apa-apa sahaja demi memastikan PAS mendapat tempat di hati masyarakat Melayu-Islam Selangor.

Sebelum DUN Kajang dibahagikan menjadi DUN Kajang dan DUN Bangi, pada tahun 1999, PAS walaupun hanya underdog, telah berjaya mengatasi calon dari MCA dalam Piliharaya Umum ke-10. PAS pada waktu itu diwakili oleh bekas pensyarah UKM, Dr. Shafie Abu Bakar. Meskipun dikatakan pengundi-pengundi Cina akan memberikan undi tidak berbelah bahagi kepada calon MCA, namun keputusan akhirnya memihak kepada Shafie Abu Bakar yang mendapat sokongan padu daripada pengundi-pengundi Melayu.

Dr. Shafie Abu Bakar sehingga kini masih lagi menjadi ADUN Bangi meskipun pada tahun 2004, dia tewas kepada calon dari UMNO, Dr. Amran Kasimin dengan majoriti yang agak banyak.

Secara logiknya, apa lebih Mat Taib berbanding Dr. Shafie Abu Bakar atau Dr. Rosli Che Mat yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat? Apakah Mat Taib jauh lebih bersih daripada pemimpin-pemimpin PAS di sekitar Kajang sehinggakan mereka tidak layak disebut-sebut oleh Anwar Ibrahim meskipun pada masa yang sama, Anwar Ibrahim amat memerlukan sokongan mereka bagi mendapatkan perhatian para pengundi Melayu-Islam?

Penghinaan demi penghinaan terus dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap aktivis, pemimpin dan ahli-ahli PAS. Dalam keadaan sebegitu pun, Anwar masih melihat PAS bukanlah pembantu utamanya bahkan memberikan kepercayaan kepada orang yang baru sahaja diterima masuk PAS.

Cuma satu sahaja persoalan yang sedang berlegar-legar, apakah dengan pengiktirafan yang diberikan kepada Mat Taib, maka keseluruhan dosa dan kesalahannya akan terhapus, bahkan Mat Taib akan dipromosikan sebagai antara pemimpin UMNO yang diterajang keluar dari UMNO setelah puas menabur khidmat bakti?

Mungkin… sebab kalau Mat Taib yang masih mentah dalam PAS pun, Anwar boleh naikkan, apatah lagi untuk mencipta cerita-cerita yang indah, mulus dan hebat sepertimana dia menciptakan gelembung fantasi di sekeliling tubuh badannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan