Isu Teresa Kok masih
belum selesai. Malah berdasarkan kepada kes-kes lalu, kes ini juga akan
menjadi satu lagi kes lapuk yang penuh misteri dan tidak dapat
diselesaikan. Alasan mudah yang diberikan oleh Teresa Kok bahawa dia
tidak didakwa atau polis terlalu bodoh kerana memaksanya memberi
keterangan di balai ialah, dia tidak menyebut nama sesiapa di dalam klip video Tahun Baru Cinanya.
Itu jugalah alasan yang diberikan oleh supremonya, Lim Kit Siang yang
lebih berpengalaman dalam bab baling batu sembunyi tangan. Hampir 45
tahun lalu, Lim Kit Siang berjaya menghuru-harakan negara ini dengan
kempen-kempen mahu menghapuskan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan. Konon-kononnya Malaysia adalah hak semua rakyat Malaysia
dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan
perbuatan jahat yang mendatangkan kezaliman kepada warganegara bukan
Melayu-Bumiputera.
Perlembagaan Persekutuan digubal sebelum
merdeka dan sebelum persetujuan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
SDmenerima 1 juta orang bukan Melayu-Bumiputera menjadi rakyat
Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 24 jam sahaja. Pada ketika itu,
para pemimpin masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, tidak merungut
langsung. Mereka seolah-olah tidak peduli pun tentang masa hadapan
mereka di negara ini. Hanya masyarakat Cina Peranakan menerusi Tan Cheng
Lock yang sedikit berbunyi tentang perkara itu. Selebihnya berasakan,
mereka akan diambil dan dibawa oleh British pulang ke negara Eropah itu.
Dan kerana itulah, apabila program Jus Soli dibuat pada peringkat awal,
mereka bersikap acuh tak acuh. Hanya setelah mendapat kepastian bahawa
British tidak mahukan mereka, manakala Negara China pula sudah lama
menolak mereka sebagai pengkhianat walaupun pemerintahan di Negara China
telah bertukar dari Kerajaan Beraja kepada Kerajaan Nasionalis dan
akhirnya Kerajaan Komunis.
Begitu juga semasa mereka diberikan
kerakyatan beramai-ramai. Tidak ada sebarang rungutan atau komplen
tentang hak istimewa Melayu-Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, generasi yang berusia beberapa
tahun atau awal belasan tahun ketika Jus Soli memberikan mereka
kerakyatan, menjelang 1963, mula menyatakan tidak puas hati kerana
mereka tidak mendapat keistimewaan kerakyatan seperti orang Melayu. 1964
sehinggalah 1969, mereka semakin lantang dan aktif. Mereka terus
mempersoalkan tentang mengapa mereka tidak boleh berkongsi keistimewaan
Melayu-Bumiputera sedangkan mereka juga adalah rakyat Malaysia, bahkan
sesetengah daripada mereka dilahirkan di negara ini.
Kalau pada
tahun 1969, Lim Kit Siang yang merupakan antara pencetus utama tragedi
berdarah 13 Mei tidak pernah berniat memohon maaf, bahkan menyalahkan
pihak lain, malah tidak cukup dengan itu, ‘mengupah’ pula Kua Kia Song
menulis buku sejarah tentang peristiwa mengikut perspektif chauvanis dan
merupakan satu-satunya buku sejarah 13 Mei 1969 yang menentang punca
sebenar tragedi tersebut, mengapa pula Teresa Kok yang merupakan
generasi seterusnya perlu memecahkan tradisi tersebut dan meminta maaf
kepada Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini?
Perasaan
bangga, besar diri dan bersikap angkuh sudah sebati dengan puak ini.
Mereka tidak akan peduli dengan apa-apa pun yang berlaku malah mereka
sanggup menjadi pengkhianat sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng
yang cuba menghalang kemasukan pelaburan dari Taiwan ketika di Hong
Kong dengan pelbagai cerita yang hanya sendiri yang tahu bila berlaku.
Sebelum Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang juga melakukan perkara yang
sama, juga di Taiwan dan Hong Kong sehingga suatu ketika pernah
diusulkan agar diwujudkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas
makhluk-makhluk perosak seperti itu.
Ramai yang beranggapan,
kesalahan telah dilakukan dari awal lagi apabila terlalu banyak
toleransi dan tolak ansur diberikan kepada puak ini terutama sekali
pemberian kerakyatan secara pukal dengan hak-hak mengundi sama rata
dengan kaum Melayu-Bumiputera. Malaysia merupakan satu-satunya negara di
dunia ini yang telah memberikan kerakyatan secara pukal seperti yang
kita dapat lihat pada tahun 1955-1957.
Disebabkan kemurahan
hati menerusi pemberian kerakyatan secara pukal itulah, sekarang ini
Malaysia sedang melihat perangai hodoh sebahagian daripada masyarakat
tersebut yang berasakan mereka boleh melakukan penjajahan secara lebih
besar, meluas dan tidak terhalang.
Justeru, sebenarnya tidak
perlulah diharapkan kepada permohonan maaf daripada manusia seperti
Teresa Kok mahupun mana-mana pemimpin chauvinist. Mereka sudah melihat
betapa murahnya hati orang Melayu-Bumiputera, jadi, mereka juga tahu,
kemurahan hati Melayu-Bumiputera itulah juga yang menyebabkan perbuatan
mereka dilupakan, bahkan Melayu-Bumiputera pula yang saling menyalahkan
antara satu sama lain biarpun kesalahan tersebut dilakukan oleh YOWTAI
seperti Teresa Kok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan