
Sudah lebih 10 tahun Tun Mahathir melepaskan jawatannya dan Apj lebih lihat kenyataan Idris Haron sebagai jenaka sahaja, tidak mungkin dan cukuplah Tun berkecimpung dalam politik selama ini , berikan dia rehat.
Menurutnya Idris Haron , hanya Dr. Mahathir sahaja yang mampu mengugat Anwar yang bukan sahaja bercita-cita tinggi ingin menjadi Menteri Besar Selangor tetapi mahu mencapai matlamat yang lebih tinggi.
“Jika ada keperluan menjadi calon BN bertanding di DUN Kajang, Dr. Mahathir boleh lawan Anwar dan mengenali beliau (Mahathir) kalau kena cara BN boleh merampas kembali kerusi DUN Kajang dan ini ibarat buku bertemu ruas,” katanya.
Jika Tun masih kuat , Apj juga mahukan Tun Kembali , tapi sudah tiba masanya Tun berehat dan tumpukan kesihatan yang baik untuknya, Anwar bukan lawan Tun M , Tun M berada di kedudukan yang tinggi berbanding Anwar di tibai belakang tu !!
Pastinya Barisan Nasional akan meletakkan calon terbaik untuk menentang Anwar yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor tu selepas tidak berjaya dan kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan