Lebih 3,000 bekas pemimpin
pusat, cabang dan ahli PKR akan menubuhkan bilik gerakan khas bagi
menggerakan kempen menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata penubuhan bilik gerakan itu
sudah dimuktamadkan menerusi perbincangan baru-baru ini dan pihaknya
akan memulakan kempen seawal 10 Febuari ini.
Katanya, fokus
kempen antara lain untuk menyedarkan pengundi lain untuk menyedarkan
pengundi di DUN Kajang mengenai keperibadian Ketua Pembangkang itu dan
retorik sebenarnya dalam memanipulasi isu termasuk cubaan mengalihkan
perhatian rakyat daripada mengikuti kes liwat yang sedang dihadapinya.
"Sekarang ini kita masih meneliti kawasan strategik yang akan
dikunjungi jentera kempen. Semua kampung dan penempatan akan dimasuki
bagi sesi penerangan hal sebenar mengenai politik Anwar.
"Selain penerangan dan ceramah, bilik gerakan ini akan menjadi pusat
maklumat kepada mana-mana pengundi untuk mengetahui mengenai PKRselain
menjawab isu dan fitnah kosong yang dilemparkan pembangkang," katanya
dipetik Berita Harian.
Antara pemimpin yang akan menyertai
bilik gerakan itu ialah bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk
Zulkifli Nordin, ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Noor serta bekas
Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.
Mengulas lanjut,
beliau berkata PRK kali ini jelas manipulasi terancang yang diatur untuk
menutup pelbagai kelemahan dalam pentadbiran PKR di Selangor.
Justeru, rakyat wajar disedarkan mengenai kemelut itu dan jangan lagi
mudah percaya dengan sandiwara politik songsang yang dibawa Anwar.
"Saya kenal sangat dia (Anwar) ini, sebab itu dia boleh arah sesiapa
saja letak jawatan untuk membolehkan dia bertanding walaupun di Selangor
Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) lebih berkuasa kerana dia adalah
Pengerusi PKR negeri," katanya lagi.
Sementara itu, Anuar
berkata tindakan Anwar menawarkan diri menyertai kepimpinan
Selangordilihat seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.
Anwar dibelengu masalah moral yang cukup serius dan tiada kredibiliti
langsung untuk menyelesaikan kemelut Selangor. Malahan campur tangan dia
di negeri itu bakal meranapkan Selangor kerana Anwar lebih utamakan
kepentingan diri daripada kepentingan rakyat," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan