Dalam Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau
yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanja RM 1.3 juta untuk
kos pengurusan perjalanan pilihan raya tersebut. Kali ini
dianggarkan sekitar RJM 1.5 juta akan diguna oleh SPR bagi melaksanakan
satu lagi pilihan raya kecil. Jika dahulu akibat kematian penyandang
jawatan, kali ini pilihan raya terpaksa diadakan bagi memenuhi nafsu
serakah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tindakan bekas
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh
yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis,
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan
tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.
“Berapa banyak
wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh
takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam
semalam.
Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar
Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan
melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang
dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.
Faekah melalui tweet
lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar
meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.
Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai
menghina Sultan Selangor.
“Politician outside Selangor, do
study State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult
Sultan and never overestimate yourself,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.
“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.
Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila
bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk
meletakkan jawatan.
Dalam kenyataan media tiga perenggan Isnin
malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan
jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan
Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor’.
Perkara
itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang
semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima
surat peletakan jawatan Lee.
Paling menarik, apabila ramai di
kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi
membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di
selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar
bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri
Besar.
Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera
mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu
diletakkan sebagai calon.
Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.
“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK
percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat
sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat
menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan
menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK
mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon
mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan