Selasa, 28 Januari 2014
Melayu P.Pinang Senasib Dengan Umat ISLAM Di BOSNIA?????
Kisah penghapusan etnik ini sudah berlaku sejak dulu lagi , jika dulu kita mendengar kisah bagaimana orang-orang Yahudi di bunuh dengan kejam oleh tentera Nazi di Eropah kini penghapusan etnik ini berlaku secara senyap-senyap dengan menggunakan kaedah yang berbeza.
Situasi sama pernah berlaku di Benua Afrika , Somalia , Myanmar , Bosnia dan banyak negara lain sebelum ini namun sesuatu yang agak mengejutkan adalah cubaan untuk menghapuskan etnik ini juga berlaku di sebuah negara seperti Malaysia.
Walaupun tidak di buat secara terang-terangan , ianya boleh di ibaratkan sebagai penghapusan etnik terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
Malah tindakan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sebenarnya jauh lebih ZALIM kerana mereka bukan sahaja bertindak menghalau tetapi menyiksa zahir dan batin setiap daripada mangsa tindakan tersebut.
Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang mendakwa lebih 200 gerai milik peniaga Bumiputera dirobohkan dan diberi notis mengosongkan tempat oleh pihak berkuasa tempatan di 22 kawasan di negeri itu sejak 2010 merupakan antara bukti kaedah pengusiran ini di lakukan.
Ianya di perkuatkan lagi apabila kerajaan negeri selama ini tidak mengadakan rundingan sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi merujuk kepada ADUN-ADUN kawasan untuk merobohkan gerai milik Bumiputera di negeri itu.
"Tindakan kerajaan negeri merobohkan gerai tentunya menyusahkan rakyat untuk mencari pendapatan menyara kehidupan mereka dan keluarga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri di Wisma UMNO Kepala Batas baru-baru ini.
Sehubungan itu pihaknya akan memohon peruntukan kerajaan pusat untuk membina gerai baharu sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan tapak untuk tujuan itu.
Bayangkan lebih dari 200 gerai-gerai terlibat bukan sahaja di robohkan tetapi nasib peniaga langsung tidak di pedulikan dan ini membuktikan sikap lepas tangan pihak bertanggungjawab yang mengaku sebagai pemimpin terulung.
Apakah kewajaran tindakan sebegini di lakukan oleh kerajaan negeri yang bercita-cita atau memasang impian untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz ?
Di mana pula mereka yang mengaku pembela orang Melayu dan Islam di saat untung nasib orang sendiri di perkotak-katikkan ?
Bagi sesiapa jua khususnya yang memahami situasi politik di Pulau Pinang sudah tentu faham apa yang sedang berlaku dan ianya merupakan agenda terancang untuk menguburkan orang-orang Melayu dari bumi Pulau Mutiara seperti mana yang pernah berlaku di bumi Bosnia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan