SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 2 September 2013

KECOH HARGA PETRON95 NAIK RM0.20 TETAPI SENYAP SUNYI SURCAJ AIR DI PULAU PINANG NAIK 100%?????


Drama antara Pengarah KPDNKK dan Menteri KPDNKK yang menolak 'kebocoran' cerita kenaikan harga PETRON95 dan Diesel, masih lagi diperkatakan. Dan barangkali Perdana Menteri tidak dimaklumi tentang kenyataan yang telah dibuat oleh Pengarah KPDNKK bernama PN NORIZAN RAMLI dan Menterinya, Hasan Malek menafikan kenaikan berkenaan hanya beberapa jam sebelum pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri......Kalau Perdana Menteri tahu dan diberitahu, tentulah KESILAPAN semudah dan selawak itu, tidak akan menjadi bual bicara.

Apa pun, petrol memang sudah dijangka naik harga ekoran harga minyak dunia yang sedang melambung naik sekarang ini, apatah lagi, ambang perang di beberapa buah negara, terutama sekali di negara-negara pengeluar minyak sedang mula tercetus. Usaha Kerajaan Malaysia untuk menahan kenaikan harga tersebut, tidak mampu bertahan lama memandangkan tiada sebarang petunjuk, harga komoditi berkenaan akan menurun dalam tempoh terdekat ini.



Kalau zaman Perang Dunia Kedua dahulu, getah dan timah naik harga berkali-kali ganda kerana perang, sekarang ini yang naik harga pula adalah Petroleum. Dan petroleum bukan boleh ditoreh atau pokoknya boleh ditanam di mana-mana sahaja sebaliknya pemilikan petroleum melibatkan syarikat-syarikat negara dan kapitalis-kapitalis yang memang mengharapkan sebarang spekulasi dan faktor kenaikan harga akan berlaku sekerap yang mungkin.

Namun yang memusykilkan adalah pelarasan pengumuman. Dengan Pengarah KPDNKK cakap macam nih, Menteri pula mujur tak suruh rakyat jangan guna petrol sebaliknya beralih kepada air yang lebih mudah diperolehi di negara Khatulistiwa seperti Malaysia, akhirnya yang kelihatan dimalukan adalah Perdana Menteri yang telah membuat pengumuman senja tadi tentang kenaikan harga petrol menjelang proses rundingan TPPA pusingan seterusnya yang memberikan hak kepada Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat gergasi negara tersebut, termasuklah penguasa-penguasa petroleum dunia, berkuasa penuh di negara ini menerusi penjajahan bentuk baru.

Itu PETROL dan DIESEL yang sudah pasti akan turut menaikkan harga barangan dan khidmat kepenggunaan.

Bagaimana pula dengan SURCAJ AIR di Pulau Pinang yang akan dinaikkan 100%? Ada sesiapa yang peduli dengan kenaikan berkenaan yang jauh lebih mencekik leher dan perut rakyat berbanding petrol memandangkan air adalah keperluan asasi?

Kalau Pulau Pinang menaikkan SURCAJ AIR, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat konsesi di seluruh negeri terutama sekali Kedah yang air dari negeri tersebut, telah digunakan secara percuma oleh Pulau Pinang untuk mengaut keuntungan besar daripada rakyatnya sendiri?

Bagaimana pula dengan Selangor yang sekarang ini sedang berusaha menekan syarikat-syarikat konsesi air di mana saham Kerajaan Negeri ada dalam setiap syarikat-syarikat berkenaan?

Kalau petrol dan diesel mengikut harga pasaran dunia, apakah air juga mengikut pasaran dunia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan