Marilah kita bersama-sama menanam niat dan
aspirasi untuk negara Malaysia ini mencapai segala wawasannya menjadi
negara maju. Selaras dengan kemajuan negara yang dicintai, marilah
memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah swt: insan yang akan sentiasa memperjuangkan martabat agama Islam dan nasib orang-orang Melayu semua.
Amalkan segala perkara-perkara yang positif. Tinggalkan apa-apa yang
negatif dan tidak relevan kepada perjuangan kita yang suci seperti sifat
berpoya-poya; hasad-dengki terhadap saudara kita yang maju dan
cemerlang; rasa amarah yang amat sangat terhadap sesama manusia; sifat
pengkhianat terhadap negara; sifat percaya kepada tahyul dan ilmu-ilmu
ghaib syaitan dll. Oleh itu marilah kita bertekad untuk membuang jauh
Pas dan KeADILan dari dalam diri kita dan masyarakat Melayu amnya kerana
kedua-dua pertubuhan perosak ini hanya akan menjahanamkan orang-orang
Melayu dan agama Islam. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt
untuk mengurniakan kita kesejahteraan yang berpanjangan agar kita dapat
menunaikan amanahNya di muka bumiNya ini sebagai khalifah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan