SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

TAHU PULAK NURUL IZZAH KECUT PERUT APABILA DIMINTA KE BALAI POLIS UNTUK MEMBERI KETERANGAN?????

Kalau dengarn sembang anak perempuan Anwar Ibrahim ini, memang hebatlah sangat dia. Dia sahajalah yang bijak mengenakan polis balik dan dia sahajalah yang pandai mengajar polis agar lebih menumpukan perhatian kepada kes-kes jenayah. Baginya menghasut dan melakukan fitnah, bukanlah satu jenayah.
Hari ini, Nurul Izzah telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana ucapannya ketika majlis makan malam mengutip dana oleh syarikat sendirian berhad yang mengaku mereka adalah NGO.

Seperti biasa, kalau dah namanya anak Anwar Ibrahim, maka perangainya lebih kurang sahajalah dengan bapanya. Berbohong dan menipu sahajalah kerja mereka.

Nurul Izzah cukup tahu bahawa ucapannya di majlis tersebut adalah satu hasutan. Malahan dia tahu, motif SUARAM adalah untuk meneruskan fitnah.

Konon-kononnya SUARAM mengadakan majlis makan malam untuk mengumpulkan dana bagi membolehkan inkuiri di Perancis berhubung rasuah yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan naval Perancis, DCNS.

Walaupun sudah berkali-kali Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang inkuiri dibuat berhubung pembelian berkenaan, namun SUARAM meneruskan fitnah mereka tanpa berasa malu sedikit pun.

Paling menarik ialah apabila peguam SUARAM, William Bourdon pada hari Selasa lepas menyatakan mahkamah Perancis akan memulakan sessi soal balas berhubung pembunuhan Altantuya. Anehnya, lawak jenaka seperti itu, boleh pulak dipercayai dan diimani oleh para penganut Pakatan Rakyat.

Sudahlah Nurul Izzah... berhenti ler menipu dan tumpukan perhatian kepada kerja utama anda iaitu sebagai Wakil Rakyat Lembah Pantai. Sudah-sudahlah melakukan fitnah. Rakyat Malaysia, bukannya sebodoh seperti penyokong Pakatan Rakyat. Maklumat terlalu banyak sekarang ini. Di hujung jari sajalah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan