Sebelum ini, ramai yang
menyangka Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim begitu setia mendengar
arahan dari Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertugas
di Pejabat Menteri Besar Selangor....Melantik Saifuddin menunjukkan
Khalid adalah sangat menjaga imej dan peribadinya di hadapan Anwar.
Walaupun jawatan yang Anwar mahukan Saifuddin pegang dalam pejabat MB
sebagai Pegawai Seranta Politik tidak Khalid penuhi, Khalid memberikan
jawatan Ketua Staf sahaja kepada Saifuddin.
Tapi, itu sudah
cukup membuktikan Khalid sangat patuh dan setia kepada Anwar walaupun
beliau sedar tujuan sebenarnya Saifuddin diselitkan ke dalam pejabat MB
adalah untuk menyingkir penasihat pelampau beliau yang amat disayangi,
Faekah Husin.
Pun begitu, sejak hampir sebulan lebih melaporkan
diri pada 22 Julai di pejabat MB, dilaporkan Saifuddin tidak banyak
melakukan perubahan besar terhadap staf-staf di pejabat itu.
Malah, tugasan awal yang disuruh oleh Anwar untuk mengawal Faekah dan
dua orang pegawai Khalid lain juga gagal untuk Saifuddin laksanakan.
Spekulasi hebat muncul semula ketika ini apabila sebenarnya, sejak
tarikh Saifuddin melaporkan diri di hadapan Khalid sebagai Ketua Staf,
kebenarannya Saifuddin tidak langsung memunculkan diri ke pejabat itu
semula.
Ini menunjukkan, Saifuddin tidak pernah memulakan
tugasnya sebagai Ketua Staf. Pada tarikh 22 Julai itu sahajalah hari
pertama dan terakhir Saifuddin masuk ke pejabat MB.
Ia
disulitkan lagi apabila sumber pejabat MB memberitahu pejabat Saifuddin
berada di tingkat 5 berhampiran dengan Bahagian Sektoral manakala
pegawai-pegawai kanan termasuk Faekah dan Setiausaha Akhbar, Arfa Aziz
terus bertugas di Tingkat 20 dan 21 yang turut menempatkan pejabat
Khalid.
Saifuddin juga bertambah kusut apabila mendapat arahan
untuk melaporkan diri kepada Faekah sedangkan Saifuddin sebenarnya mahu
menyingkirkan Faekah dari terus berkuasa lebih daripada Khalid di
pejabat MB.
Disebabkan keadaan Saifuddin seolah-olah dijadikan
boneka di mata Khalid, Saifuddin bertindak ‘meminggirkan diri’ dan duduk
jauh dari pejabat Khalid serta tidak menjalankan tugas sejak sebulan
lebih yang lalu.
Kelibat Saifuddin yang langsung tidak terlihat
dalam program-program atau acara MB yang dianjurkan oleh kerajaan
negeri dan pejabat ADUN-ADUN Selangor menguatkan spekulasi Saifuddin
meminggirkan dirinya.
Keadaan inilah menunjukkan sebenarnya
Selangor dalam keadaan kritikal dan tidak keruan. Malah, ia membenarkan
spekulasi di mana krisis dalaman dalam parti itu tidak pernah surut dan
sentiasa menggunung.
Ditambah pula krisis Khalid dipinggirkan
oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang di negeri itu, Selangor tidak
akan ditadbir di bawah satu kesepakatan suara yang dicapai bersama.
Azmin sebelum ini dilihat menolak perlantikan Khalid sebagai Menteri
Besar untuk satu lagi penggal dan disokong oleh Zuraidah. Pergolakan di
antara Khalid dan pimpinan parti PKR negeri semakin meruncing sehingga
memperlihatkan Khalid kini berhadapan dengan krisis kepimpinan.
Malah, Khalid juga sering dipinggirkan daripada menyertai program-program kemasyarakatan anjuran PKR negeri.
Tidak mustahil Selangor akan menjadi negeri pembangkang yang semakin hancur.
Kita tunggu sahajalah untuk tempoh masa 5 tahun akan datang bagaimana
pentadbiran Selangor yang dibuat oleh Khalid memandangkan sudah banyak
cakap-cakap pemimpin-pemimpin pembangkang bahawasanya Khalid tidak layak
menjadi Menteri Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan