Rakyat sudah sedar bahawa kewujudan sekolah vernakular
Cina merupakan antara faktor yang menghancurkan jati diri dan perpaduan
kebangsaan. Negara telah dikejutkan dengan sikap kurang ajar melampau
anak muda Cina apabila berhadapan dengan isu nilai murni kenegaraan
baru-baru ini....Setelah memaparkan aksi menterbalikkan bendera Malaysia
penyokong-penyokong cina yang terdiri dari anak-anak muda belasan
tahun beraksi lagi dengan posing terbaru yang menunjukkan tanda tidak
bagus terhadap bendera Malaysia. Ini merupakan produk sekolah vernakular
Cina. Kerajaan wajib sedar akan hakikat ini. Mereka harus bertindak
dengan lebih agresif dan tegas terhadap tindak-tanduk produk sekolah
vernakular Cina ini.
Kerajaan jangan lupa bahawa Pilihanraya Umum ke
13 telah membuktikan bahawa kaum cina semakin bersatu untuk merampas
kuasa politik orang melayu. PRU13 juga mendedahkan bahawa bangsa melayu
semakin berpecah dan menuju kehancuran akibat dari ketidak sefahaman
yang tercetus dari kerakusan kuasa politik melampau akibat terpedaya
dengan sedikit janji manis yang palsu dari pakatan pembangkang.
Sebenarnya rakyat sudah muak dengan sikap angkuh kaum Cina yang
tanpa
henti cuba mengugut kerajaan manakala kerajaan pula sedaya upaya cuba
memenuhi tuntutan mereka yang cukup tidak munasabah. Maka baru-baru ini
Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu
(MPM) telah membuat resolusinya memberi peringatan kepada kerajaan
agar berhenti daripada menjadi mangsa peras ugut pihak tertentu.
Kerajaan harus peka akan kepentingan rakyat yang benar-benar menyokong
mereka iaitu kaum Melayu. Jangan sesekali meminggirkan kaum Melayu yang
setia menyokong kerajaan demi meraih sokongan dari kaum Cina yang telah
menyatakan pendirian untuk merampas kuasa dari tangan kaum Melayu
walaupun perlembagaan telah menyatakan dengan terang akan “Ketuanan
Melayu” , Islam agama rasmi dan bahasa Malaysia bahasa rasmi.
Kerajaan perlu tegas berhenti melayan tuntutan yang tidak munasabah
dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta perundangan
berkaitan. Rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan memohon Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan supaya
bersikap tegas dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal di negara
ini. Ini adalah kerana sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan
sekolah swasta Cina yang tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
serta tpdak menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama telah
memusnahkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.
Tindakan dari
segolongan kaum yang cuba memporak-perandakan perpaduan nasional dan
keutuhan Perlembagaan Persekutuan harus dibendung secara tegas dan
berterusan.Ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peruntukan
perundangan dan dasar negara. Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara
152 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550, “Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.” (Akta Pendidikan 1996)
Usaha berterusan
kerajaan dalam membina negara bangsa yang bersatu padu dengan
memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menggunakan satu
kurikulum serta menganjurkan peperiksaan dalam bahasa Melayu di samping
memberi pelajar-pelajar peluang mempelajari bahasa-bahasa asing amatlah
disokong.
Rakyat Malaysia juga memohon agar kerajaan tidak
perlu melayan sebarang tuntutan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) yang bersikap anti-nasional
dengan mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan