Seperti yang telah diduga, kenyataan terbaru
penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang
mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri Kelantan mendapat
kritikan yang berterusan dari pimpinan, penyokong Pas yang jumud dan
taasub. Ada yang cuba memberikan komen dengan secara ‘berlapik’ tetapi
ada juga yang terus menyerang beliau dengan kata-kata hinaan dan cemuhan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’
dan ‘pemerintahan Islam’ yang ingin ditegakkan oleh Pas seperti yang
sering dihebahkan di pentas-pentas ceramah mereka. Pada satu ketika,
mereka berperwatakan seperti seorang ahli agama persis ulama, namun
apabila dikritik mereka mula melompat tidak keruan.
Pensyarah
Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang terkenal dengan
panggilan Prof Agus itu sebelum ini telah mengkritik kerajaan Kelantan
yang disifatkan telah ‘kering dan miskin idea’ dalam merancang agenda
pembangunan negeri.
Menurut beliau, setelah 100 hari rakyat
memberikan kembali mandat untuk mentadbir tiada sebarang perubahan
ketara yang dapat dilihat dalam sistem politik di negeri yang ingin
dikenali sebagai ‘Serambi Makkah’ itu.
Tidak cukup dengan itu
beliau turut melabelkan kerajaan Pas Kelantan sebagai ‘Kerajaan Punch
Card’ yang hanya masuk pejabat pada jam 8.00 pagi dan pulang pada jam
5.00 petang.
“Persoalannya, jika sekadar meneruskan dasar lama,
mengapa tidak meneruskan ‘projek Lebuhraya Rakyat’? Mengapa diam sahaja
dengan ‘projek stadium’? Teruskanlah sahaja dua projek lama tersebut
kerana ia membawa manfaat untuk rakyat” soal beliau.
Tambah
menarik, Agus turut mengatakan, satu-satunya pembaharuan yang dapat
dilihat, hanya berhubung kebenaran yang diberikan untuk kaum wanita
negeri itu bagi menyertai ‘musabaqah A;-Quran.
“Maka, apa yang
barunya dengan dasar kerajaan sekarang? Jika betullah pemerhatian ini,
saya kira ini amat malang bagi rakyat Kelantan yang mengharapkan
kerajaan negeri lebih baik dari yang dahulunya” tegas beliau lagi.
Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang dilemparkan itu,
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan
pantas membidas kenyataan tersebut sambil mengatakan andaian tersebut
sebagai semberono dan rambang.
“Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap.
“Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang
dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah
tuduh sembarangan,” ujar Nik Amar.
Kenyataan balas yang berbaur
kemarahan itu, jelas membuktikan pimpinan kerajaan Pas Kelantan tidak
boleh menerima teguran. Ini mungkin disebabkan kerana, disebabkan
gelaran ustaz, tok guru dan ‘ulama’ yang diberikan oleh pengikut mereka
telah menyebabkan mereka merasakan ‘perfect dalam setiap segi’.
Itu belum lagi dikira komen-komen yang dikirimkan oleh penyokong dan
ahli-ahli Pas yang jumud dan taasub melalui lama-laman media sosial
seperti Facebook dan Twitter. Selain tidak dapat menerima pandangan
tersebut, mereka juga cuba mengalihkan persoalan dengan menyalahkan
orang lain.
Kononnya ia berpunca dari kerajaan pusat, royalti
minyak dan sebagainya. Namun dalam banyak-banyak komen yang dibaca, ada
beberapa isu yang menarik untuk dikongsi kan bersama. Ada di kalangan
mereka turut menyalahkan pimpinan Pas negeri yang dikatakan bertindak
zalim dan terlalu sibuk dengan agenda politik.
Sebagai contoh,
mereka mengatakan kegagalan semua projek-projek yang dinyatakan tadi
adalah berpunca dari sikap dendam pemimpin Pas terhadap bekas Exco Kanan
Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Ini kerana menurut
mereka kesemua projek tersebut adalah merupakan idea dan inisiatif
Husam ketika memegang jawatan. Oleh yang demikian, sudah tentu musuh
politik beliau tidak berminat untuk meneruskan pembangunan tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pandangan yang meminta agar
kerajaan negeri Pas Kelantan untuk mengambil kembali Husam agar
berkhidmat semula bagi meneruskan kembali kecemerlangan kepimpinan
kerajaan Kelantan.
Walaupun semua kenyataan tersebut boleh
dipertikai, namun di masa yang sama ia turut menguatkan lagi andaian
yang mengatakan politik dalaman Pas Kelantan pada ketika ini sedang
bergolak. Nampaknya budaya ‘cah keting’ turut menghantui Pas sehingga
menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negeri tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan