SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

Jawatan Menteri Dalam Negeri Adalah Amanah Bukan Pentas Populariti?????

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa beliau menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi meraih sokongan anggota UMNO semasa pemilihan parti akan datang....“Setiap tindakan yang diambil sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri terbit dari hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri anjuran Pengasih, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada popularitinya yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri akan membantunya dalam pemilihan parti yang akan datang.
Ketegasan Zahid terserlah dalam hal-hal yang melibatkan isu-isu penghinaan ke atas kesucian agama Islam dan beliau juga merupakan antara tokoh yang paling lantang mempertahankan Kalimah Allah.

Terbaru beliau menarik balik status Penduduk Tetap ke atas seorang rakyat Singapura yang menjalankan perniagaan resort di Johor. Rakyat Singapura tersebut bertindak secara tidak wajar membenarkan sebuah bangunan yang diisytiharkan sebagai surau resort beliau digunakan untuk kegiatan agama Buddha.

Zahid sebelum ini mengumumkan pendiriannya untuk mempertahankan jawatan naib presiden parti dan beliau meminta ahli-ahli Umno membuat penilaian berdasarkan apa yang telah beliau sumbangkan sebagai Naib Presiden selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan