SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 28 Ogos 2013

HUSAM MERENGEK, MINTAK SIMPATI DARI VETERAN PAS???

Peristiwa Datuk Husam Musa tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah....Menurut veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Oleh itu, bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selepas menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.

Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.

Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.


Wan Rahim adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.

Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.

Peranan Wan Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga kini.

Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak membantu Husam untuk melaksanakan tugas di peringkat nasional pula dan memberikan peluang untuk tokoh baru yang sedang mentadbir Kelantan sekarang.

"Husam ini sangat istimewa yang pernah dilahirkan oleh Kelantan. Dia adalah material Perdana Menteri dari Kelantan," kata Wan Rahim yang memohon Husam dibantu dan kerajaan negeri Kelantan distabilkan.

Beliau bimbang ekoran pertelingkahan dan perbezaan pendapat berterusan di Kelantan dan di kalangan PAS sendiri ekoran Husam tidak dilantik menjadi Exco.

Ps: Kiranya, bagi Veteran PAS tu, peristiwa Husam digugurkan dari senarai Exco boleh dianggap sebagai 'Peristiwa Hitam' bagi PAS Kelantan.

Kiranya, satu Kelantan tu dah 'Rugi Besar' sebab buang orang macam Si Husam ni dari barisan kepimpinan mereka.

Walhal, selama hari ini Si Husam tu bukannya ada bagi apa - apa sumbangan pun kepada Negeri. Setakat merasmikan 'Batu Asas' ke buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan