SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 28 Ogos 2013

ANWAR TAK SENANG BILA KUASA 'ANWARINAS' SEMAKIN KURANG?????


Sejak perletakan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, juak-juak Anwarinas semakin TERPINGGIR dibawah Menteri Besar yang baru, Datuk Ahmad Yakob....Perlantikan Husam Musa ke dalam Exco Kelantan ditolak mentah-mentah oleh DYMM Sultan Kelantan, walaupun 'Kambing Jamnapari' ini cuba konar baring dengan kenyataan rasmi tidak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan negeri......Memang cukup parah ... Anwar semakin gusar, tiada seorang pun wakil Anwarinas dalam pentadbiran kerajaan negeri PAS Kelantan.

Lebih menggusarkan lagi apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilihat lebih banyak memuji Kerajaan Pusat dengan perlaksanaan beberapa projek pembangunan untuk rakyat marhaen.

Tampak seperti wujud jalinan mesra kerjasama di antara BN Kelantan dan kerajaan negeri. Gedebak gedebuk pun, rakyat Kelantan juga yang mendapat faedah sekalipun berlainan fahaman politik.

Dan Anwar sememangnya tidak menyukai 'cara pujian sipi-sipi' Datuk Ahmad Yakob terhadap Kerajaan Pusat dan BN Kelantan...Dalam waktu Anwar Ibrahim kelam kabut mahu menyusun 'juak-juak Anwarinas' dalam kerajaan negeri Kelantan, media rasmi PAS Harakah Daily telah menerbitkan satu artikel yang boleh disifatkan sebagai mahu 'mengajar' Ketua Umum PKR agar jangan suka membelakangkan rakan parti dalam pembangkang. Jangan suka 'main belakang'lah secara umumnya.

Ironinya ...



Artikel ini dikeluarkan pada hari yang sama sewaktu ketibaan Anwar Ibrahim ke bumi Kelantan, 26 Ogos 2013.
Ayat paling tak tahan ...

“Kalau dahulu IDEA KERAJAAN PERPADUAN saya marah, namun sekarang saya melihat seperti ada keperluan,” hujahnya. Akhirnya terlihat beliau sekarang menjadi pendokong ortodok perjuangan Melayu. Beliau tinggalkan PKR kerana tidak yakin multiracial party.

sumber : HAPRAKDAILY



Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama sewaktu ketibaan Anwar di Kelantan adalah SATU TAMPARAN DAN TERAJANG terhadap beliau sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang dalam isu KERAJAAN PERPADUAN.

Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama ini menunjukkan PAS mahu mengajar Anwar Ibrahim agar jangan kerap 'PIJAK KEPALA, MAIN BELAKANG', membelakangkan rakan parti pembangkang yang lain. Depan cakap lain ... belakang MAIN BONTOT PAS, DAP.

Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama ini CUKUP JELAS menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah seorang yang TIDAK BOLEH DIPERCAYAI kata-katanya, apatah lagi janji yang dibuat.

Suka atau tidak ... Anwar Ibrahim telah dimalukan dan ditelanjangkan oleh PAS. Mana lu nak letak muka Anwar ... PAS dah MAIN BONTOT lu balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan