SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 31 Ogos 2013

ANWAR DAH MASUKKAN ORANG-ORANGNYA DALAM JAWATAN PENTING UMNO???????WANG BESAR??

Anwar tidak akan berbunyi kalau tidak mengerang!....Itu adalah kenyataannya dan ramai yang melihat perkara yang lebih nyata, tanpa mahu menilai perkara tersirat yang lebih halus dan bersifat mikro.....Bukan kosong apabila Anwar Ibrahim menyatakan yang dia serta PKR sudah menerima keputusan PRU-13 dan mahu berdialog dengan Barisan Nasional, terutama sekali UMNO dan Najib. Walaupun kemudiannya, Anwar berdalih menyatakan teks tersebut telah diputar belit oleh media, terutama sekali The Malaysian Insider, namun penjelasan kali keduanya itu sekadar untuk menenangkan kegundahan dan kemarahan DAP serta PAS akibat perbuatan tikam belakangnya.

Tidak seharusnya UMNO seronok melihat gelabahnya Anwar Ibrahim diserang bertalu-talu oleh DAP dan PAS. Sebabnya, di kalangan UMNO sendiri, terutama yang bertanding sebarang jawatan, hatta jawatan yang paling rendah sekalipun, Anwar sudah pun memasukkan orang-orangnya!

Matlamat Anwar bukannya setakat PRU14 tetapi menjangkau sehingga PRU15. Anwar sudah pun melihat sokongan rakyat Malaysia, terutama sekali Melayu dan Bumiputera kepada UMNO serta parti-parti komponen Barisan Nasional yang berteraskan Bumiputera, dan dia juga sedar, persekongkolan dengan DAP sekadar menjadikan dia sebagai anjing kurap yang bukan sahaja boleh dikencing di kepala, bahkan ditendang terajang sesuka hati.

Dek kerana itulah, Anwar hanya mensasarkan kemenangan mudah pada PRU13 lalu. Malangnya, kemenangan mudah, bukan majoriti dua pertiga itu milik UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang berteraskan Bumiputera. Dan biarpun Cina mahupun India beralih menyokong DAP, PKR dan segelintir daripada mereka menyokong PAS, UMNO dan Barisan Nasional tetap menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Pemilihan Agung UMNO merupakan kaedah paling selamat untuk Anwar memulakan fasa baru untuk berkuasa. Kalaupun bukan dia, tetapi untuk anak-anaknya. Anwar sudah mula memasukkan orang-orangnya di dalam Pemilihan Agung UMNO. Pertandingan di peringkat Cawangan, Bahagian, mahupun Pusat, disertai ramai penyokong dan simpatisan Anwar Ibrahim.

Bohonglah kalau dikatakan, Pemilihan Agung UMNO tidak akan menggunapakai wang ringgit. Kerja-kerja melobi bukan sekadar bermodalkan air liur sebaliknya memerlukan kekuatan wang ringgit yang bukan sedikit. Kalau dalam akaun simpanan wangnya hanya berjumlah satu juta ringgit sahaja, rasa-rasanya tidak ada manusia bodoh yang sanggup membuang duit begitu sahaja semata-mata untuk mendapat jawatan dalam sebuah parti waimma parti tersebut gagah perkasa seperti UMNO.

Perhatikan calon-calon yang menawarkan diri, terutama sekali calon-calon muda dan calon-calon tua yang sudah renta dan masih tidak puas-puas dengan kuasa. Fikirkan, dari mana mereka mendapat wang sebegitu banyak bagi mencorakkan barisan kepimpinan UMNO bagi penggal yang baru. Fikirkan juga secara logik, mengapa mereka tidak sayangkan wang ringgit yang jumlahnya bukan sedikit, hatta mampu membangunkan sebuah perkampungan terpencil di pedalaman Sabah menjadi sebuah perkampungan moden yang lengkap serba-serbi, hanya untuk sebuah jawatan dalam UMNO.

Tanyakan juga, dari mana mereka perolehi duit dan perhatikan arah serta kecondongan mereka kepada Anwar Ibrahim selain cerita-cerita tentang perubahan serta pengukuhan UMNO.

Untuk meruntuhkan sebuah empayar, ia tidak hanya memerlukan serangan secara konvensional seperti Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, mahupun perang penaklukan empayar semata-mata. Ada penaklukan yang dilakukan menerusi perkahwinan. Ada penaklukan yang dilakukan menerusi perlumpuhan ekonomi dan sosial, bahkan ada penaklukan yang dilakukan menerusi agama.

Terlalu banyak cara untuk menakluk dan kemudian menjadi penguasa.

Kaedah menanam tentera-tentera dan balaci ke dalam sebuah organisasi lawan merupakan salah satu kaedah yang paling merbahaya tetapi paling berjaya. Apa sangatlah dengan perbelanjaan RM10 bilion kalau duit itu sendiri pun bukannya datang dari akaun peribadi, sebaliknya daripada penaja-penaja besar yang berselindung di sebalik pelbagai nama pertubuhan kebajikan dan pembaharuan di sebuah negara yang sedang mencari pangkalan untuk berkuasa di dunia sebelah sini.

Besar sangat ke RM10 bilion kalau hasilnya nanti bertrilion dollar Amerika untuk 145 juta penduduk negara berkenaan yang sekarang ini sedang dihimpit masalah ekonomi dan kewangan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan