SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 11 Mei 2014

Tradisi parti anak beranak jalan terus...Ramkarpal diumum calon DAP Bukit Gelugor???

Photo: Tradisi parti anak beranak jalan terus...Ramkarpal diumum calon DAP Bukit Gelugor???Mereka selalu memekak tentang kronisme dan nepotisme.Namun sendiri cakap sendiri bikin.Nampaknya sudah jadi macam tradisi dalam Pakatan Rakyat anak beranak dan saudara mara diutamakan.Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh,isteri Datuk seri Dr Wan Azizah Ismail Ahli Dewan Undangan negeri Kajang manakala anak Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dalam DAP ada Dinasti Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah dan anak,Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih.Sebelum ini dalam penggal pilihanraya 2008 dan 2004 ada menantu yakni isteri Guan Eng,Betty Chew sebagai ADUN Kota Laksamana,Melaka.

Kini Dinasti keluarga mendiang Karpal Singh pula muncul.Ini bila Ramkarpal Singh Deo diumum sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor bagi mengantikan tempat yang sebelum ini diwakili oleh bapanya Karpal.

Pengumuman anak mendiang Karpal itu jadi calon dibuat oleh Guan Eng dalam satu majlis di Pulau Pinang Sabtu.

Dua lagi anak Karpal yakni Gobind Singh kini ialah Ahli Parlimen Puchong,Selangor dan Jagdeep Singh Deo ADUN Datuk Keramat di Pulau Pinang.

PRK Bukit Gelugor: Peluang keluarga Lim sekat dinasti Karpal...

Ramkarpal Singh Deo tentu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenangi mendiang bapanya, Karpal Singh pada PRU 13.

Dengan majoriti lebih 42,000, anak ketiga Karpal itu boleh goyang kaki jika DAP mencalonkan beliau apatah lagi ketika desas desus Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor.

Malangnya ada kepemimpinan DAP tidak begitu setuju untuk memilih Ramkarpal sebagai calon parti itu.

Alasannya, pemilihan Ramkarpal akan membuka peluang untuk parti diserang terutama berkaitan isu kronisme dan politik dinasti.

Itu memang betul kerana selain mendiang Karpal, dua lagi anaknya Gobind Singh Deo adalah ahli Parlimen Puchong manakala Jagdeep Singh Deo pula Adun Datuk Keramat merangkap Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekiranya, Ramkarpal dicalonkan dan menang, bermakna Disnasti Karpal Singh akan kekal.

Ikut sumber dalaman, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan calon dalam kalangan kepemimpinan muda parti yang mudah dibentuk.

Jika usia jadi ukuran, Ramkarpal berusia 38 tahun dan tidak jadi masalah jika dicalonkan.

Namun, adakah Dinasti Lim mahu melihat Dinasti Karpal Singh terus kuat dalam DAP?

Justeru itu, tidak hairan jika sudah timbul cakap-cakap, DAP akan memilih calon lain yang boleh dibentuk atau ikut cakap Dinasti Lim.

Lagipun, ini adalah masa terbaik untuk Lim Kit Siang atau Guan Eng memperkukuhkan strategi keluarga dan DAP sebagaimana langkah Kit Siang bertanding di Gelang Patah semata-mata mahu membina empayar baru parti itu di Johor.  

Sehingga pengumuman calon oleh DAP yang dijangka hari ini, Gobind dan Jagdeep kena berusaha memastikan Ramkarpal dicalonkan di Bukit Gelugor, apatah kerusi itu sudah sinonim dengan Karpal.

Sekiranya, keluarga Lim mahu mencalonkan orang lain, ini juga boleh membenarkan andaian Dianasti Lim mahu menyekat Dinasnti Karpal Singh kerana DAP selama ini memang dibayangi kedua-dua dinasti itu.  

Dalam pada itu, sekiranya BN tidak turun gelanggang,sekurang-kurangnya lima calon dijangka bertanding pada PRK Bukit Gelugor yang akan berlangsung 25 Mei ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guang, ahli PAS Gombak, Selangor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar pengendali inap desa, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 yang lebih dikenali sebagai Yacoob Bebas sudah umum mahu bertanding.

Selain itu, parti baru yang dikenali sebagai Penang Front Parti (PFP) juga dijangka meletakkan calon mereka.
 
Mereka selalu memekak tentang kronisme dan nepotisme.Namun sendiri cakap sendiri bikin.Nampaknya sudah jadi macam tradisi dalam Pakatan Rakyat anak beranak dan saudara mara diutamakan.Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh,isteri Datuk seri Dr Wan Azizah Ismail Ahli Dewan Undangan negeri Kajang manakala anak Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dalam DAP ada Dinasti Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah dan anak,Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih.Sebelum ini dalam penggal pilihanraya 2008 dan 2004 ada menantu yakni isteri Guan Eng,Betty Chew sebagai ADUN Kota Laksamana,Melaka.

Kini Dinasti keluarga mendiang Karpal Singh pula muncul.Ini bila Ramkarpal Singh Deo diumum sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor bagi mengantikan tempat yang sebelum ini diwakili oleh bapanya Karpal.

Pengumuman anak mendiang Karpal itu jadi calon dibuat oleh Guan Eng dalam satu majlis di Pulau Pinang Sabtu.

Dua lagi anak Karpal yakni Gobind Singh kini ialah Ahli Parlimen Puchong,Selangor dan Jagdeep Singh Deo ADUN Datuk Keramat di Pulau Pinang.

PRK Bukit Gelugor: Peluang keluarga Lim sekat dinasti Karpal...

Ramkarpal Singh Deo tentu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenangi mendiang bapanya, Karpal Singh pada PRU 13.

Dengan majoriti lebih 42,000, anak ketiga Karpal itu boleh goyang kaki jika DAP mencalonkan beliau apatah lagi ketika desas desus Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor.

Malangnya ada kepemimpinan DAP tidak begitu setuju untuk memilih Ramkarpal sebagai calon parti itu.

Alasannya, pemilihan Ramkarpal akan membuka peluang untuk parti diserang terutama berkaitan isu kronisme dan politik dinasti.

Itu memang betul kerana selain mendiang Karpal, dua lagi anaknya Gobind Singh Deo adalah ahli Parlimen Puchong manakala Jagdeep Singh Deo pula Adun Datuk Keramat merangkap Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekiranya, Ramkarpal dicalonkan dan menang, bermakna Disnasti Karpal Singh akan kekal.

Ikut sumber dalaman, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahukan calon dalam kalangan kepemimpinan muda parti yang mudah dibentuk.

Jika usia jadi ukuran, Ramkarpal berusia 38 tahun dan tidak jadi masalah jika dicalonkan.

Namun, adakah Dinasti Lim mahu melihat Dinasti Karpal Singh terus kuat dalam DAP?

Justeru itu, tidak hairan jika sudah timbul cakap-cakap, DAP akan memilih calon lain yang boleh dibentuk atau ikut cakap Dinasti Lim.

Lagipun, ini adalah masa terbaik untuk Lim Kit Siang atau Guan Eng memperkukuhkan strategi keluarga dan DAP sebagaimana langkah Kit Siang bertanding di Gelang Patah semata-mata mahu membina empayar baru parti itu di Johor.

Sehingga pengumuman calon oleh DAP yang dijangka hari ini, Gobind dan Jagdeep kena berusaha memastikan Ramkarpal dicalonkan di Bukit Gelugor, apatah kerusi itu sudah sinonim dengan Karpal.

Sekiranya, keluarga Lim mahu mencalonkan orang lain, ini juga boleh membenarkan andaian Dianasti Lim mahu menyekat Dinasnti Karpal Singh kerana DAP selama ini memang dibayangi kedua-dua dinasti itu.

Dalam pada itu, sekiranya BN tidak turun gelanggang,sekurang-kurangnya lima calon dijangka bertanding pada PRK Bukit Gelugor yang akan berlangsung 25 Mei ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guang, ahli PAS Gombak, Selangor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar pengendali inap desa, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 yang lebih dikenali sebagai Yacoob Bebas sudah umum mahu bertanding.

Selain itu, parti baru yang dikenali sebagai Penang Front Parti (PFP) juga dijangka meletakkan calon mereka.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan