SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Mei 2014

Tidak Hairan Ahli PKR Terus Ditipu Anwar Sebab Anwar Pernah Tipu Satu Dunia???

Kak Yong Shariena's photo.Kak Yong Shariena's photo.Kekecohan, penipuan dan segala macam ketidakpuasan hati ahli PKR terhadap perjalanan Pemilihan PKR terus menjadi tontonan umum.

Malah sejak mula lagi pemilihan PKR ini penuh dengan sandiwara apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk merebut jawatan Presiden PKR yang disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah di mana pada saat akhir Anwar mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.

Ada yang mendakwa kononnya Anwar mahu bertanding menentang isterinya adalah hanya untuk menghalang Azmin Ali daripada turut bertanding jawatan tersebut. Sebab itu di saat-saat akhir, barulah Anwar mengumumkan penarikan dirinya.

Bukan itu, sahaja, banyak putar belit yang dibuat bagi memastikan pentadbiran parti PKR terus mengikut telunjuknya dan diterajui oleh mereka yang hanya direstui Anwar.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, sikap Anwar ini sebenarnya tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana sekiranya Anwar boleh menipu satu dunia maka tidak mustahil untuk Anwar menipu ahli-ahli PKR.

anwar_16_sept_september_bohong_tipu_ahli_parlimen_alih_lompat_kerajaan
“Ahli-ahli bawahan PKR masih hijau dengan politik maka tidak hairan mereka boleh diperkotak-katikkan. Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit. Maka tidak hairanlah ramai yang tertipu dan termakan cakapnya.

“Contohnya, isu 16 September… satu dunia dipermainkan Anwar. Kononnya pembangkang akan mengambil alih Putrajaya bila seramai 30 ahli Parlimen BN akan melompat parti. Ini bukti penipuan jelas anwar.

“Terbaru isu kehilangan MH370… Kononnya dia mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 hanya dalam sesaat sekiranya diberi kuasa. Dia bercakap macam semua orang tidak berotak.

“Jadi apa yang hairanya kalau ahli PKR yang memang taksub kepada Anwar buta-buta kena tipu,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, apa yang menghairankan sebenarnya bukanlah penipuan Anwar tetapi sokongan yang terus diberikan oleh ahli PKR kepada Anwar.

Jelasnya walaupun sudah banyak bukti yang menunjukkan Anwar bukanlah seorang individu yang layak dipercayai namun masih ada lagi yang terus ‘merelakan’ untuk ditipu.

“Sekarang pula Anwar berlagak seperti dia pula Presiden parti PKR dan mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan dan memecat ahli. Siapa dia? Presiden parti adalah Wan Azizah dan Anwar tidak mempunyai kuasa…

“Walaupun kita tahu Wan Azizah adalah bayangan dan ‘puppet’ Anwar tetapi secara rasminya Anwar bukan presiden PKR. Sekali lagi ahli-ahli PKR ditipu. Fikirlah mengapa UMNO buang Anwar,” ujarnya lagi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan