SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 25 Mei 2014

Sedar lah....Hak Orang Melayu AKan Terhapus Melalui Dyana???

Sedar lah....Hak Orang Melayu AKan Terhapus Melalui Dyana???TELUK INTAN 24 Mei - Pencalonan orang Melayu bagi mewakili DAP di Parlimen Teluk Intan adalah bagi mengukuhkan lagi kuasa DAP dalam menentang hudud, menghapuskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan hak orang Melayu di dalam Perlembagaan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad Naqib berkata, beliau mengakui memang ada agenda dalam DAP untuk menghapuskan kesemua hak orang Melayu di Malaysia.

"Memang ada agenda, kerana Dyana lah yang sanggup dan boleh buat apa saja atas arahan Penasihat Parti (DAP) Lim Kit Siang.

"DAP tidak akan peduli kepada orang Melayu mereka akan ambil orang melayu sebagai simbol sahaja," katanya ketika ditemui Rakyat News di kampung Sungai Nibong.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan sedangkan kawasan tersebut dihuni majoriti kaum Cina dan bekas Ahli Parlimennya juga terdiri daripada masyarakat tersebut.

Syed yang juga berkelulusan dalam bidang Ijazah Saujana Muda Kelas Pertama Bimbingan dan Kaunseling Islam di Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kusni Riau,Indonesia mengakui bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman dan tidak memperjuangkan kesamarataan.

"Setiap kali saya hadir mesyuarat DAP mereka tidak akan bercakap dalam Bahasa Melayu mereka akan bercakap dalam bahasa Cina.

"Mereka mahu memperjuangkan kesamarataan tetapi dalam segi bahasa mereka telah menipu orang Melayu," ujarnya

Jelas Syed, DAP hanya akan menerima orang Melayu sebagai ahli sekiranya individu tersebut membuang jiwanya sebagai anak Melayu dan beragama Islam.TELUK INTAN 24 Mei - Pencalonan orang Melayu bagi mewakili DAP di Parlimen Teluk Intan adalah bagi mengukuhkan lagi kuasa DAP dalam menentang hudud, menghapuskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan hak orang Melayu di dalam Perlembagaan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad Naqib berkata, beliau mengakui memang ada agenda dalam DAP untuk menghapuskan kesemua hak orang Melayu di Malaysia.

"Memang ada agenda, kerana Dyana lah yang sanggup dan boleh buat apa saja atas arahan Penasihat Parti (DAP) Lim Kit Siang."DAP tidak akan peduli kepada orang Melayu mereka akan ambil orang melayu sebagai simbol sahaja," katanya ketika ditemui Rakyat News di kampung Sungai Nibong.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan sedangkan kawasan tersebut dihuni majoriti kaum Cina dan bekas Ahli Parlimennya juga terdiri daripada masyarakat tersebut.

Syed yang juga berkelulusan dalam bidang Ijazah Saujana Muda Kelas Pertama Bimbingan dan Kaunseling Islam di Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kusni Riau,Indonesia mengakui bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman dan tidak memperjuangkan kesamarataan.
"Setiap kali saya hadir mesyuarat DAP mereka tidak akan bercakap dalam Bahasa Melayu mereka akan bercakap dalam bahasa Cina.
"Mereka mahu memperjuangkan kesamarataan tetapi dalam segi bahasa mereka telah menipu orang Melayu," ujarnya
Jelas Syed, DAP hanya akan menerima orang Melayu sebagai ahli sekiranya individu tersebut membuang jiwanya sebagai anak Melayu dan beragama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan