MELAKA: Tindakan DAP meletakkan wanita muda berbangsa Melayu sebagai
calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah sebagai
langkah mengalih pandangan pengundi Melayu terhadap parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak terkejut jika pengundi Melayu di kawasan berkenaan akan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
"Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu akan mudah terpedaya dengan taktik seumpama itu."Ini hanyalah gimik, jika DAP muncul sebagai pemenang...biarkanlah," katanya selepas menghadiri program 'Bicara Canselor' di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Isnin.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu
antara Dyana Sofya menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew
Keong.Selain itu Mahathir turut melahirkan kekecewaannya kerana Dyana
Sofya lahir daripada keluarga penyokong Umno.
"Jika beliau datang daripada keluarga penyokong pembangkang tidak mengapa, tapi malangnya beliau tidak disemai mengenai perjuangan Umno sejak kecil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan