SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 4 Mei 2014

Ramai ahli PAS mahu hudud ditangguhkan - MP PAS????

Ramai ahli PAS mahu hudud ditangguhkan - MP PAS????Walaupun PAS kelihatan mahu segera melaksanakan hudud di Kelantan, namun sebenarnya ramai ahli parti itu masih tidak sependapat mengenainya, kata Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipi yang juga seorang peguam berkata, walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya.
“Dalam PAS kita mempunyai dua pandangan. Satu pandangan ialah kita perlu meneruskan kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat Kelantan,” kata Hanipa dalam forum “Hudud@Malaysia” di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara, Jumaat malam.
Beliau menjelaskan, kumpulan pertama ini percaya bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan hudud kerana undang-undang itu telah diluluskan di DUN yang diberi mandat oleh rakyat negeri itu melalui pilihan raya, sekaligus menafikan bahawa rancangan menguatkuasakannya tidak demokratik.
Kumpulan kedua pula adalah yang berpandangan pelaksanaan hudud perlu ditanguhkan sehingga PAS atau pekatan pembangkang dapat merampas Putrajaya terlebih dahulu, kata Hanipa yang juga AJK PAS Pusat, seperti yang dilaporkan portal berita sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.
Hanipa terus terang mengakui beliau berada dalam kumpulan kedua yang merasakan pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.
Bagaimanapun, menurut Hanipa, itu adalah pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS.
“Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti,” katanya dipetik sebuah portal berita online.
Hanipa turut menangkis kritikan daripada seorang lagi ahli panel forum berkenaan, Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
“Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.
“Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP.
“Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka.
“Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan,” katanya.
Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan ‘Save Sarawak River’ Abun Sui Anyit daripada Sarawak.
Ia menarik kehadiran kira-kira 200 orang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur menyaksikannya.
Kerajaan PAS negeri Kelantan sebelum ini dilaporkan mahu membawa rang undang-undang persendirian (hukum hudud) ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri itu.
Hanipa turut  menjelaskan, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.
Namun, katanya yang juga seorang peguam, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.Walaupun PAS kelihatan mahu segera melaksanakan hudud di Kelantan, namun sebenarnya ramai ahli parti itu masih tidak sependapat mengenainya, kata Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipi yang juga seorang peguam berkata, walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya.
“Dalam PAS kita mempunyai dua pandangan. Satu pandangan ialah kita perlu meneruskan kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat Kelantan,” kata Hanipa dalam forum “Hudud@Malaysia” di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara, Jumaat malam.

Beliau menjelaskan, kumpulan pertama ini percaya bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan hudud kerana undang-undang itu telah diluluskan di DUN yang diberi mandat oleh rakyat negeri itu melalui pilihan raya, sekaligus menafikan bahawa rancangan menguatkuasakannya tidak demokratik.

Kumpulan kedua pula adalah yang berpandangan pelaksanaan hudud perlu ditanguhkan sehingga PAS atau pekatan pembangkang dapat merampas Putrajaya terlebih dahulu, kata Hanipa yang juga AJK PAS Pusat, seperti yang dilaporkan portal berita sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.
Hanipa terus terang mengakui beliau berada dalam kumpulan kedua yang merasakan pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, menurut Hanipa, itu adalah pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS.
“Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti,” katanya dipetik sebuah portal berita online.
Hanipa turut menangkis kritikan daripada seorang lagi ahli panel forum berkenaan, Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
“Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.

“Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP.
“Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka.
“Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan,” katanya.
Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan ‘Save Sarawak River’ Abun Sui Anyit daripada Sarawak.
Ia menarik kehadiran kira-kira 200 orang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur menyaksikannya.

Kerajaan PAS negeri Kelantan sebelum ini dilaporkan mahu membawa rang undang-undang persendirian (hukum hudud) ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri itu.

Hanipa turut menjelaskan, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.
Namun, katanya yang juga seorang peguam, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan