SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Mei 2014

Rakan Sekolah Akui DAP Pengaruhi Dyana???

Photo: Rakan Sekolah Akui DAP Pengaruhi Dyana???TELUK INTAN  - Natassia Roslan, rakan sekolah kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui rakannya itu mungkin banyak terpengaruh dengan pendedahan dari parti itu.

Natassia yang juga Exco Puteri UMNO berkata, beliau tidak terkejut rakan sekelasnya itu masuk DAP kerana ia tidak mengganggu persahabatan mereka.

"Apabila saya dapat tahu dia (Dyana) masuk DAP itu bukanlah satu perkara yang sangat mengejutkan.

"Memang kami dari sekolah yang sama dan kami tahu apa yang kami mahukan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Teluk Intan In Style bersama Puteri UMNO malam tadi.Ditanya mengenai persahabatannya dengan Dyana, beliau berkata, mereka masih bersahabat dan terbuka untuk duduk semeja bersembang bersama walaupun berlainan ideologi politik.

"Kami boleh duduk lepak sama tetapi kita tidak akan ganggu persahaban itu walaupun berlainan idealogi dan fahaman politik.

"Saya rasa saya tidak perlu bongkar hal pribadi Dyana,"
 
TELUK INTAN - Natassia Roslan, rakan sekolah kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui rakannya itu mungkin banyak terpengaruh dengan pendedahan dari parti itu.

Natassia yang juga Exco Puteri UMNO berkata, beliau tidak terkejut rakan sekelasnya itu masuk DAP kerana ia tidak mengganggu persahabatan mereka.

"Apabila saya dapat tahu dia (Dyana) masuk DAP itu bukanlah satu perkara yang sangat mengejutkan.

"Memang kami dari sekolah yang sama dan kami tahu apa yang kami mahukan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Teluk Intan In Style bersama Puteri UMNO malam tadi.Ditanya mengenai persahabatannya dengan Dyana, beliau berkata, mereka masih bersahabat dan terbuka untuk duduk semeja bersembang bersama walaupun berlainan ideologi politik.

"Kami boleh duduk lepak sama tetapi kita tidak akan ganggu persahaban itu walaupun berlainan idealogi dan fahaman politik.

"Saya rasa saya tidak perlu bongkar hal pribadi Dyana."
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan