SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 4 Mei 2014

Proses pengundian PKR Sungai Petani kecoh????

Photo: Proses pengundian PKR Sungai Petani kecoh????Proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani hari ini 'panas' sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan.

Ini berikutan seorang calon bagi jawatan tersebut, S. Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi hari ini apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.

Para penyokong Arvind bertindak mengadakan protes di luar dewan pukul 11.10 pagi apabila nama Arvind tiada di dalam kertas undi dan seorang lagi calon untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding...Para penyokong Arvind me­nuntut agar proses pengundian itu ditangguhkan dan membuat kecoh dengan menyebut perkataan seperti ‘Parti Keadilan tidak adil, nama sahaja adil’ dan lain-lain lagi.

Tindakan mereka menyebabkan proses pengundian untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh baharu yang akan di­umumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Arvind berkata, dia dan para penyokongnya tidak berpuas hati apabila dikatakan tidak layak bertan­ding.

"Kalau tengok di dalam laman web PKR nama saya masih ada sebagai calon bagi Ketua AMK Cabang Sungai Petani iaitu calon nombor dua dan tiba-tiba pagi ini saya dikatakan tidak layak bertanding pula.

''Saya tidak menerima surat daripada PKR Pusat mengenai perkara ini dan saya rasa ini sangat tidak adil untuk saya dan para penyokong," katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Taman Sri Wang di sini hari ini.

Menurut Arvin, dia telah menghantar pencalonan serta mengemaskini nama penyokong dan pencadangnya kepada JPP pada 11 April lalu.

"Saya tidak tahu apa sebab yang membuatkan saya dikatakan tidak layak untuk bertanding jawatan ini.

"Ini merupakan kali pertama saya bertanding jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani dan saya bertanding jawatan ini atas desakan rakan-rakan yang mahu melihat perubahan dalam Cabang PKR Sungai Petani," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Hamsah Djabir berkata, bantahan yang disuarakan oleh para penyokong Arvind telah di­sampaikan kepada pihak JPP hari ini.

"Pihak JPP memutuskan bahawa proses pengundian untuk jawatan tersebut ditangguhkan hari ini berikutan terdapat masalah teknikal dan pihak JPP akan mengumumkan satu tarikh baharu bagi mengadakan semula pengundian ini.

"Proses pengundian untuk jawatan-jawatan lain diteruskan seperti biasa kerana tiada masalah yang berbangkit," jelasnya.
 
Proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani hari ini 'panas' sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan