SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 13 Mei 2014

PAS Harus Hormat Pendirian UMNO???

Photo: PAS Harus Hormat Pendirian UMNO???PAS perlu menghormati kesediaan UMNO pada hari ini yang bersama-sama berbincang bagi melaksanakan hukum hudud dan tidak bermain polimik dengan isu ini demi kepentingan politik parti.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Yahya berkata, kesediaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud masih lagi tidak diketahui kerana ini adalah masalah dalaman parti itu.

"Kita tidak tahu ini adalah masalah dalaman PAS, adakah mereka benar-benar bersedia ataupun belum.

"Ataupun sebenarnya selama ini mereka hanya bersuara untuk berpolitik semata-mata. Kita doakan mereka di kategorikan dalam golongan orang bersedia." katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Jelas Fathul, pendirian UMNO dalam isu hudud adalah konsisten dan kini menanti lampu hijau dari pihak PAS yang dilihat seperti berlaku kekangan bagi melaksanakannya.

"Jadi apa yang kita buat adalah cadangan penubuhan jawatankuasa teknikal hudud dan dalam pada masa ini jangan politikan isu ini," ujarnya

Mengulas lebih lanjut, Fathul meminta rakyat tidak menyalah tafsir mengenai hukum hudud terutama bagi golongan bukan Islam yang rata-ratanya melihat hudud sebuah undang-undang zalim dan sebagainya.

"Tanggungjawab orang islam adalah berikan penerangan kepada mereka bukan islam. Jadi saya minta asas setiakawan sebagai parti kompenan saya MCA juga menjaga bahasa dan tindakan mereka.

"Pada hari ini saya minta orang islam prihatin tentang isu ini, kita sepatutnya bersatu padu dan bukanya saling tunding menunding antara satu sama lain," katanya.

Cadangan melaksanakan hukum hudud diutarakan kembali oleh PAS setelah lebih sedekad.

PAS mencadangkan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan Kelantan menjalankan hukum hudud di negeri tersebut.

Walaubagaimanapun, Timbalan Presiden PAS dalam sebuah kenyataan semalam menjelaskan parti tersebut tidak akan membentangkan usul tersebut pada sidang Parlimen Jun ini dan akan turut serta bersama kerajaan pusat meneliti isu ini menerusi sebuah jawatankuasa teknikal yang bakal dianjurkan kelak.PAS perlu menghormati kesediaan UMNO pada hari ini yang bersama-sama berbincang bagi melaksanakan hukum hudud dan tidak bermain polimik dengan isu ini demi kepentingan politik parti.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Yahya berkata, kesediaan PAS untuk melaksanakan hukum hudud masih lagi tidak diketahui kerana ini adalah masalah dalaman parti itu.

"Kita tidak tahu ini adalah masalah dalaman PAS, adakah mereka benar-benar bersedia ataupun belum.

"Ataupun sebenarnya selama ini mereka hanya bersuara untuk berpolitik semata-mata. Kita doakan mereka di kategorikan dalam golongan orang bersedia." katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Jelas Fathul, pendirian UMNO dalam isu hudud adalah konsisten dan kini menanti lampu hijau dari pihak PAS yang dilihat seperti berlaku kekangan bagi melaksanakannya.

"Jadi apa yang kita buat adalah cadangan penubuhan jawatankuasa teknikal hudud dan dalam pada masa ini jangan politikan isu ini," ujarnya

Mengulas lebih lanjut, Fathul meminta rakyat tidak menyalah tafsir mengenai hukum hudud terutama bagi golongan bukan Islam yang rata-ratanya melihat hudud sebuah undang-undang zalim dan sebagainya.

"Tanggungjawab orang islam adalah berikan penerangan kepada mereka bukan islam. Jadi saya minta asas setiakawan sebagai parti kompenan saya MCA juga menjaga bahasa dan tindakan mereka.

"Pada hari ini saya minta orang islam prihatin tentang isu ini, kita sepatutnya bersatu padu dan bukanya saling tunding menunding antara satu sama lain," katanya.

Cadangan melaksanakan hukum hudud diutarakan kembali oleh PAS setelah lebih sedekad.

PAS mencadangkan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan Kelantan menjalankan hukum hudud di negeri tersebut.

Walaubagaimanapun, Timbalan Presiden PAS dalam sebuah kenyataan semalam menjelaskan parti tersebut tidak akan membentangkan usul tersebut pada sidang Parlimen Jun ini dan akan turut serta bersama kerajaan pusat meneliti isu ini menerusi sebuah jawatankuasa teknikal yang bakal dianjurkan kelak.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan