
Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, pihak mereka masih belum memutuskan jumlah sebenar yang mahu dikemukakan dalam saman tersebut, namun, JMM dan NGO yang lain mensasarkan jumlah gantirugi yang perlu dibayar adalah sebanyak RM100juta.

Dalam pada itu, Azwanddin turut memaklumkan bahawa JMM dan NGO yang lain telah sebulat suara untuk menubuhkan pasukan khas bertujuan bagi pengumpulan umat Islam di negara ini dan turut menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma bagi menuntut ganti rugi dari syarikat pengeluar coklat terbabit.
"Kita dah senaraikan 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan Melayu dan Islam dari seluruh negara dan ianya berpusat di Kuala Lumpur.
"Kami akan mengadakan mesyuarat buat kali pertama pada esok (27 Mei) berkenaan saman terhadap syarikat Cadbury. Saman tersebut akan difailkan pada minggu hadapan setelah mendapat persetujuan mengenai butir - butir didalamnya dari kesemua NGO yang terlibat, dan keputusan untuk menyamannya adalah muktamad," ujarnya.
Menurut Pengarah Kebangsaan SUKAGUAM Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat, beliau berkata syarikat pengeluar coklat terkenal itu boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 50 Akta Perlindungan Pengguna selain dari dikenakan undang-undang tort yang menyentuh isu kecuaian syarikat mengendalikan makanan sehingga menimbulkan sensitiviti masyarakat negara ini.
"Kita telah mengenalpasti dan bawa kes ini kepada Seksyen 50 Akta Perlindungan Pengguna yang menekankan hak pengguna terhadap pengilang.
"Lagi satu, kita boleh saman syarikat ini dibawah undang-undang tort, iaitu mengambilkira kecuaian syarikat. Sepatutnya mereka tidak berbuat demikian dan mereka harus menjaga sensitiviti kita," ujarnya.Terdahulu, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan dua sampel coklat keluaran syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut (dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang luput pada 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang luput pada 15 Januari 2015) mengandungi DNA babi dan pihak mereka juga telah menarik balik kedua produk tersebut di pasaran serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan