Kekecohan dan pergaduhan yang tercetus pada pemilihan PKR
Cabang Kuala Selangor dikatakan berpunca daripada politik wang Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta ugutan daripada Setiausaha Politiknya Mustapha Mohd Talib terhadap penyelaras DUN kawasan tersebut.
Menerusi kenyataan media Lembaga Disiplin PKR hari ini, Mustapha dikatakan mengugut pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati yang dikenali sebagai Faridah menerusi satu perbualan telefon.
Ugutan tersebut bertujuan untuk menamatkan khidmat Penyelaras DUN tersebut, S Manikavasagam.
Manikavasagam sebelum itu mendedahkan kepada media bahawa Abdul Khalid melakukan politik wang pada pemilihan di cabang tersebut.
Kenyataan Manikavasagam juga telah disiarkan oleh beberapa media arus perdana termasuk TV3 dan Utusan Malaysia.
Lembaga Disiplin mendapati Manikavasagam dan Mustapha melanggar Tataetika Pemilihan dan telah diberikan surat tunjuk sebab disamping digantung keahlian sehingga siasatan terhadap mereka selesai.
Di cabang sama, Bobinath a/l Vello juga di kenakan hukuman sama ekoran mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) secara terbuka yang kemudiannya disiarkan menerusi TV3.
Proses pemilihan PKR cabang Kuala Selangor ditunda ke sebuah tarikh yang belum ditetapkan setelah pemilihan pada 11 Mei lepas dicemari perkara diluar peraturan.
Proses pengundian terpaksa dihentikan pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan termasuk dakwaan calon menanda kertas undi yang sepatutnya ditanda oleh pengundi.
Keputusan penggantungan dibuat pada mesyuarat Biropolitik yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid dan beberapa anggota biro politik lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan