SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 16 Mei 2014

Fitnah~ Malaysiakini terima notis saman...Biar Sampai Muflisss???

 
Photo: Fitnah~ Malaysiakini terima notis saman...Biar Sampai Muflisss???Satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.

Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis.

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.

Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.Satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.

Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis.

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.

Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan