SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 19 Mei 2014

Bukan BARUA Namanya Tu....Calon PRK DAP dilarang nyatakan pendirian mengenai hudud???

Photo: Bukan BARUA Namanya Tu....Calon PRK DAP dilarang nyatakan pendirian mengenai hudud???Pucuk pimpinan DAP hari ini melarang wartawan untuk bertanya calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud mengenai pendiriannya mengenai agenda hudud  PAS di Kelantan.

Selesai sahaja wanita 27 tahun itu yang memasuki politik hanya dua tahun lalu memberikan ucapan ringkas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tampil memberitahu wartawan bahawa  Dyana Sofea tidak akan menjawab persoalan yang dianggap oleh parti sebagai isu.

Majlis untuk memperkenalkan Dyana Sofea sebagai calon DAP kemudian ditamatkan tanpa wartawan berpeluang mengajukan soalan "panas" itu kepada pembantu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu.

Dalam ucapannya Dyana berkata, agama Islam dan keturunannya sebagai orang Melayu tidak menjadi halangan untuk beliau mendokong  perjuangan "demokrasi sosial" DAP untuk melahirkan "sebuah bangsa Malaysia.'

"Saya memilih untuk ikut serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik melalui falsafah demokrasi sosial serta terus berusaha demi mencapai impian Malaysia untuk rakyat Malaysia yang telah lama diperjuangkan oleh pemimpin DAP sejak sekian lama," kata beliau yang menyertai parti itu tahun 2012.

"Tembok perkauman mesti dirobohkan barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan," kata beliau.

Keputusan DAP untuk menampilkan Dyana dilihat sebagai strategi parti itu untuk mendapatkan undi Melayu meskipun DAP menolak undang-undang hudud yang dibawa oleh PAS.

Penolakkan itu dilihat tidak berasas kerana DAP sebelum ini memberi persetujuan kepada PAS untuk meneruskan agenda Negara Islamnya asalkan ia tidak menerusi Pakatan Rakyat.

Dyana mempunyai tugas berat untuk menyakinkan pengundi Melayu di Teluk Intan kenapa parti beliau menolak hudud setelah memberikan persetujuan bertulis yang menyatakan sebaliknya.

Lim menampilkan Dyana sebagai calon parti itu yang melambangkan imej baru kepelbagaian bangsa DAP namun tidak mengulas kenapa pembantu kepada bapanya dipilih meskipun hanya memasuki politik dua tahun lalu.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
   
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
   
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
 
Pucuk pimpinan DAP hari ini melarang wartawan untuk bertanya calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud mengenai pendiriannya mengenai agenda hudud PAS di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan